Pada suatu hari, pasangan British, Ian Bailey dan Jan difahamkan bersiar-siar di sebuah taman berdekatan dengan kediaman mereka, sebelum mereka kemudiannya terlihat satu pasangan lain yang sibuk dengan ‘projek pembinaan kecil’.

Pasangan tersebut adalah merupakan sepasang burung yang digelar ‘coot’ (spesies burung yang lebih kurang seperti itik), kelihatan sangat sibuk membina sarang mereka pada tasik di taman berkenaan.

Sementara salah seekor burung tinggal di sarang, pasangannya pula memberanikan diri untuk mengumpulkan bahan binaan. Namun, mencari bahan seperti ranting kayu yang sesuai bukanlah satu tugasan yang mudah.

YouTube

“Oleh kerana tebing pada tasik tersebut cukup curam, maka burung tersebut harus berenang jauh untuk mengambil ranting”, cerita Ian.

Oleh itu, Ian dan Jan memutuskan untuk membantunya. Mereka mengumpukan beberapa ranting kayu di tepi tebing dan kemudian meletakkannya ke dalam tasik berdekatan dengan sarang burung berkenaan.

Tidak lama selepas itu, burung tersebut akhirnya seakan memahami apa yang Ian dan Jan lakukan. Ya, mereka berniat baik dan hanya mahu menolong dan memudahkan tugasannya.

YouTube

Burung itu kemudian mula berenang ke arah pasangan tersebut dan dengan senang hatinya telah mengambil ranting itu daripada tangan Ian dan Jan menggunakan paruhnya.

“Burung itu dengan senang hati mengambilnya. Kami sangat terkejut namun teruja pada masa yang sama. Burung itu seperti memahami apa yang kami lakukan”, tambah Ian lagi. Saksikan video di bawah :

YouTube

Atas bantuan manusia yang baik hati seperti Ian dan Jan, maka proses pembinaan sarang burung terbabit menjadi lebih cepat dan mudah. Namun difahamkan bukan hanya pasangan burung itu yang menerima manfaat daripada sarang baru mereka.

Tidak lama kemudian, ketika Ian dan Jan bersiar-siar semula ke taman berkenaan, mereka mendapati bahawa sarang berkenaan mempunyai penghuni baru yang sangat comel.

Gambar hiasan/Nature.org

Satu generasi baru burung coot sedang gembira dan selamat menetap di sarang mereka dan sudah pasti ibu bapa burung terbabit berasa bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan oleh Ian dan Jan.

“Saya pasti mereka boleh membinanya tanpa bantuan kami, namun tindakan yang kami lakukan itu ternyata memberi kepuasan kepada kami”, akhiri Ian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular