Lazimnya, haiwan-haiwan yang diselamatkan dan dipelihara di pusat perlindungan akan membina rasa percaya dan kasih kepada penjaga mereka, terutamanya bagi haiwan yang diselamatkan ketika mereka masih kecil.

Mungkin, inilah yang dirasai oleh seekor bayi gorila yang tinggal di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Limbe (LWC), Cameroon, Afrika ini. Bobga, dikatakan baru sahaja dipindahkan ke fasiliti itu dan Bobga mempunyai seorang petugas khas yang bertanggungjawab menjaganya kerana Bobga masih kecil.

Gambar Bobga sedang memeluk penjaganya yang sedang tidur tular di internet dan menjadi bualan ramai. Gambar yang comel ini dapat menunjukkan keikhlasan kasih sayang antara keduanya dengan sangat jelas.

Menceritakan tentang pengalaman ketika terserempak dengan situasi mengharukan itu, jurugambar foto itu, Laura Craddock, mengatakan bahawa dia secara tidak sengaja terlihat keadaan itu ketika sedang melakukan rondaan di sekitar fasiliti berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja terlihat Bobga yang sedang memeluk erat penjaganya yang sedang tidur, Laura tidak dapat menahan diri daripada mahu mengabadikan momen manis itu.

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Limbe (LWC)/Facebook

“Bobga memiliki sebuah kandang besar yang aman yang merupakan kediamannya dan tempat tidur ketika Bobga tidak berada di luar bermain di taman permainan. Mencari makanan, bermain, bersosial, merangsang rasa ingin tahu, memanjat dan mencuci semuanya adalah elemen penting dalam pemulihannya,” kata Laura kepada Caters.

Pada masa ini, Bobga masih dalam proses pemulihan di fasiliti itu selepas Bobga diselamatkan pada usia 15 bulan. Ketika ditemui, Bobga diikat pada tiang dan dikurung dalam sangkar yang terlalu kecil untuk saiznya pada waktu itu. 

Walaupun Bobga mempunyai masa lalu yang perit, namun, Bobga kini perlahan-lahan mula mempercayai manusia dan belajar menyesuaikan diri di sekitar manusia selepas Bobga dimasukkan ke fasiliti itu.

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Limbe (LWC)/Facebook

Syukurlah Bobga telah ditemui dan dibawa ke fasiliti pemulihan hidupan liar yang hebat seperti LWC. Fasiliti ini secara khususnya menumpukan kepada pemuliharaan haiwan liar yang menjadi mangsa pemburuan dan pemburuan haram agar haiwan-haiwan yang malang ini tidak lagi dibelenggu oleh trauma.

Fasiliti ini turut menyediakan penjagaan veterinar, makanan dan kediaman serta program untuk memperkenalkan semula haiwan-haiwan ini kepada habitat semula jadi mereka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular