Sektor pelancongan dan perhotelan merupakan antara industri yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 sehinggakan terdapat banyak hotel terpaksa ditutup kerana kerugian besar.

Namun sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan kebenaran merentas negeri bermula 10 Jun ini, sektor perhotelan di Langkawi telah difahamkan telah menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik!

Astro Awani

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir menyifatkan bahawa perkembangan tersebut sebagai permulaan yang positif untuk industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan.

“Untuk makluman juga, pada jam 4 petang sehingga 4:45 petang tadi (7 Jun) kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam”, katanya.

Gambar hiasan/Instagram

“Ini adalah rekod, semua hotel-hotel kita telah menerima 1,000 tempahan daripada semua pelancong domestik yang hendak ke Langkawi”, ujarnya lagi.

LTA juga menurutnya telah menyasarkan satu juta pelancong domestik masuk ke Langkawi bermula 10 Jun sehingga 31 Disember kelak namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan.

“Kita ada sedikit kemusykilan, kita patut jawab (persoalan tentang) fasiliti-fasiliti yang boleh digunakan di hotel misalnya kolam renang. Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan untuk mendapatkan garis panduan”.

Gambar hiasan/Instagram

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas pada Ahad memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun ini akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Lebih banyak kelonggaran akan diberikan sepanjang tempoh PKPP, termasuklah kebenaran rentas negeri dan pelancongan domestik namun harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular