Setiap orang yang memelihara kucing pasti ada sejarah manisnya yang tersendiri dengan setiap kucing yang dijaga, terutamanya dengan kucing liar yang sebelumnya tidak mempunyai tempat tinggal dan keluarga.

Begitu juga halnya yang terjadi kepada John Nonny dan pasangannya, Syl. Ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki, seekor kucing berwana kuning bertompok mula mengekori mereka sepanjang jalan.

John Nonny/Facebook

Kucing yang comel itu juga malah berguling-guling di atas jalan raya, meminta untuk diusap. Memang manja sungguh!

John Nonny/Facebook

Disebabkan kucing ini terlalu manja dan seperti mahu bersama dengan Syl, maka Syl memutuskan untuk menjaga kucing itu jika kucing itu mengekori mereka sehingga ke rumah mereka.

Adakah kucing itu akhirnya mengekori mereka sepanjang perjalanan sehingga ke rumah?

John Nonny/Facebook

Perjalanan yang jauh itu semestinya memberi cabaran kepada kucing yang sangat gemar mengembara itu. Walaupun kucing itu kelihatan tekad mahu pulang bersama John dan Syl, namun, ada beberapa ketikanya kucing itu berhenti di beberapa kawasan untuk menghidu dan melihat-lihat beberapa perkara.

John yang sebenarnya agak tidak bersetuju dengan keputusan Syl pada waktu itu mula berasa gembira.

John Nonny/Facebook

“Ops, kucing ini tidak lagi berminat. Kucing ini telah menemui sesuatu yang lebih menarik, bunyi yang rawak. Ini adalah usaha yang baik,” kata John kepada Syl dengan harapan agar pasangannya itu berputus asa untuk membawa pulang kucing itu.

Tetapi malangnya, beberapa saat kemudian, kucing itu berpaling semula dan mula mengekori Syl. “Oh, Tuhan” rungut John, berjenaka.

John Nonny/Facebook

Tidak lama kemudian, pasangan ini telah berjalan sehingga menghampiri bangunan rumah pangsapuri mereka dan kucing itu masih lagi berada bersama mereka.

“Saya fikir kucing ini akan mengekori kamu (Syl) sehingga ke akhirnya,” kata John.

John Nonny/Facebook

Dan ternyata, benar kata John. Kucing itu akhirnya tiba di muka pintu bangunan rumah mereka.

Tetapi, pada waktu itu, kucing itu mula teragak-agak dan hanya berlegar di luar pintu bangunan dan akhirnya duduk di tepi tangga sahaja.

John Nonny/Facebook

John Nonny/Facebook

“Aduhai, sangat hampir!” kata Syl meluahkan rasa kecewanya apabila melihat kucing itu tidak mahu masuk ke dalam kawasan bangunan rumah mereka.

Tetapi tidak lama kemudian, selepas John masuk ke dalam bangunan pangsapurinya, kucing itu mula melihat-lihat ke dalam rumah dan perlahan-lahan masuk.

John Nonny/Facebook

“Oh, kucing itu datang!” kata John dengan gembira.

Selepas itu, pasangan ini membawa masuk kucing yang ditakdirkan hidup bersama mereka itu ke dalam unit rumah mereka. 

John Nonny/Facebook

Sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah, kucing yang manja itu terus belajar menyesuaikan diri dengan menghidu barangan yang ada di dalam rumah itu, mungkin mahu membiasakan diri.

John Nonny/Facebook

Comel sungguh! Nampaknya benarlah kata orang, kita tidak memilih kucing, tetapi kucing yang memilih kita!

John Nonny/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga lebih dari 24 juta tontonan, lebih dari 70,000 reaksi, lebih dari 10,000 perkongsian dan lebih dari 7,200 komen setelah dimuat naik pada pagi 30 Mei lalu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular