Di Afrika, sekumpulan anjing yang sebelumnya telah dilatih untuk melindungi hidupan liar telah berjaya menyelamatkan nyawa 45 ekor badak daripada pemburu haram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sean Viljoen (@sean_viljoen) on

Kumpulan anjing tersebut difahamkan telah mula menerima latihan semenjak mereka masih kecil dan turut diajar tentang cara unuk menanangi tekanan daripada operasi penyelamatan yang sebenar.

Terdiri daripada baka ‘bloodhound’ hinggalah ‘beagle’, pasukan anjing tersebut merupakan sebahagian daripada Unit Tindak Balas Pantas K9 Anti-Pemburuan. Mereka dilatih di Kolej Hidupan Liar Afrika Selatan di Taman Nasional Greater Kruger.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sean Viljoen (@sean_viljoen) on

Anjing-anjing itu dilatih oleh Johan van Straaten dari Master K9 dan jurugambar yang berpangkalan di Cape Town, Sean Viljoen yang telah berkongsi foto anjing-anjing berkenaan ketika beraksi di Kolej Hidupan Liar Afrika Selatan.

“Data yang kami kumpulkan untuk projek ini bertujuan untuk memberitahu praktis terbaik, menunjukkan bahawa kami telah mencegah 45 ekor badak daripada dibunuh sejak anjing pengesan beroperasi pada Februari 2018”, kata Johan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sean Viljoen (@sean_viljoen) on

Tambah Johan, kadar kejayaan anjing adalah sekitar 68% di kawasan Kolej Hidupan Liar Afrika Selatan melakukan rondaan. Kaedahnya adalah dengan membebaskan anjing pengesan yang berupaya mengesan kelajuan lebih pantas daripada manusia.

“Selama sedekad yang lalu, lebih 8,000 ekor badak telah terkorban akibat diburu menjadikan negara ini sangat terkesan dengan aktiviti pemburuan. Projek ini berupaya memastikan kelangsungan biodiversiti Afrika Selatan”.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sean Viljoen (@sean_viljoen) on

“Ia juga membantu memastikan kelangsungan hidupan liar termasuklah badak yang sebelum ini sangat terancam berikutan aktiviti jenayah terhadap hidupan liar”, jelas Johan lagi.

Pemburuan haram adalah masalah besar di Afrika Selatan, yang merupakan habitat kepada 80% badak di dunia. Namun beberapa dekad kebelakangan ini, lebih daripada 8,000 ekor badak yang telah dibunuh oleh pemburu haram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sean Viljoen (@sean_viljoen) on

Menjadikan Afrika Selatan merupakan salah satu negara yang paling terjejas teruk ekoran aktiviti pemburuan haram tersebut.

Menurut WWF, badak Afrika kini diklasifikasikan sebagai haiwan liar yang sangat terancam kerana hanya lebih daripada 5,000 ekor daripadanya yang masih hidup di alam liar.

Namun berita baiknya adalah sejak tahun 2015, badan amal ‘Save The Rhino’ telah mencatatkan trend penurunan yang ketara dalam jumlah kematian badak.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular