Mungkin ramai yang mengaku bahawa mereka adalah pencinta haiwan tetapi tidak ramai yang sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan haiwan di sekeliling mereka dalam keadaan baik.

Ada juga hanya menyukai haiwan-haiwan yang comel dan bersih tetapi tidak mempedulikan haiwan jalanan yang memerlukan pertolongan orang.

Peekme

Menyedari bahawa ada banyak kucing jalanan memerlukan perhatiannya, seorang lelaki berusia 76 tahun dikatakan telah menjaga kucing jalanan selama 22 tahun lamanya.

Lelaki baik hati yang berasal dari Hartford, Connecticut itu dikatakan telah melakukan apa sahaja asalkan dia dapat memberi makan kepada kucing jalanan setiap hari.

Peekme

Setiap hari Willie Ortiz akan memberikan makanan kepada lebih daripada 68 ekor kucing jalanan. Mungkin ada yang menyangka bahawa Ortiz adalah orang kaya kerana sanggup berbelanja untuk kucing-kucing tersebut namun hakikatnya dia terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan tersebut.

Peekme

Peekme

Peekme

Ortiz bukanlah orang kaya malah dia harus mengumpulkan besi-besi buruk dan melakukan pekerjaan lain untuk mengumpul wang demi kucing-kucing jalanan tersebut.

Pada waktu siang dia melakukan kerja-kerja mengitar semula dan pada waktu malam pula dia akan membawa bungkusan besar makanan kucing dan pergi ke 16 buah lokasi untuk memberi makan kepada kucing jalanan.

Peekme

Tidak cukup dengan itu, Ortiz juga akan memastikan yang kucing-kucing tersebut selalu dalam keadaan baik. Oleh kerana itu dia akan membawa kucing yang sakit berjumpa dengan doktor haiwan.

Segala usaha baiknya diketahui oleh Kathleen Schlentz dan dia telah membantu Ortiz dengan mencipta laman web untuk orang ramai menyalurkan sumbangan dalam usaha meringankan bebanan perbelanjaan untuk makanan kucing.

Peekme

22 tahun lamanya Ortiz telah berkorban banyak tanpa mengharapkan balasan. Dia juga mengatakan bahawa selagi mampu dia akan terus melakukan apa yang dilakukan iaitu dengan memberi makan kepada kucing jalanan.

Semoga Ortiz sentiasa dimurahkan rezeki dan perlindungan atas jasanya yang memberi makan kepada kucing-kucing jalanan, bukan semua orang mampu melakukan seperti yang dilakukan oleh Ortiz.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular