Kucing memang suka melakukan sesuatu sesuka hatinya sahaja, bukan? Seekor kucing baru-baru ini difahamkan telah memasuki rumah orang yang tidak dikenalinya dan terus menganggap bahawa ia merupakan rumahnya.

Peek Me

Ia berikutan dengan pemilik rumah tersebut, John dan Alex yang lazimnya membuka pintu rumahnya sejak enam bulan yang lalu. Kucing bertuah bewarna jingga tersebut secara santainya memasuki rumah manakala John dan Alex langsung tidak berasa terganggu.

Melihat kepada kucing tersebut, John dan Alex kemudian mendapati bahawa terdapat kolar yang diikatkan pada leher kucing terbabit dan namanya adalah Tigger. Tigger juga dipercayai milik kepada jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka.

Peek Me

Mengetahui tentang hal itu, John dan Alex memutuskan untuk menghantar Tigger pulang ke rumah tuannya namun tidak langsung menyangka bahawa Tigger sekali lagi datang ke rumah mereka keesokan harinya.

Pada waktu malam, Tigger dengan bersahaja akan melompat ke atas katil dan tidur di sebelah John. Kini John dan Alex faham benar rutin harian Tigger yang akan muncul sekitar jam 9 hingga 11 malam untuk tidur di rumah mereka.

Peek Me

Setelah pagi, apabila Alex keluar ke tempat kerja maka Tigger juga akan keluar daripada rumah. Pada mulanya, John dan Alex bimbang bahawa pemilik Tigger tidak berjaya menemuinya dan kerana itulah mereka menghantar Tigger pulang.

Peek Me

Namun Tigger ternyata enggan mahu meninggalkan rumah mereka. Pernah juga mereka sengaja menutup pintu rumah, tidak lama kemudian kedengaran bunyi kucing mengiau di pintu yang seperti merayu agar pintu dibuka.

Peek Me

Pemilik Tigger sendiri berasa bersyukur kerana John dan Alex sama-sama membantu menjaga Tigger. Walaupun tidak tahu sebab Tigger muncul di rumah mereka, ternyata John dan Alex sangat menyenangi kehadiran Tigger.

Sempat juga John bergurau dan berkata, “Sebenarnya kami yang merupakan ‘haiwan peliharaannya”. Tigger dianggap seperti sebahagian daripada keluarga mereka. Sehingga kini Tigger masih muncul di rumah mereka setiap hari.

Peek Me

Mungkin sudah penat pemilik Tigger ‘menasihatinya’ namun kucing comel ini sangat bertuah kerana kehadirannya di rumah orang lain sangat disenangi. John dan Alex pula sudah menyayanginya. Untunglah comel macam Tigger….

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular