- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Diekori beruang, budak lelaki 12 tahun ini kekal tenang walaupun berhadapan detik mencemaskan ternyata dikagumi ramai

Bayangkan anda sedang mendaki gunung dan tiba-tiba terserempak dengan haiwan liar, misalnya beruang. Sudah pasti anda akan berlari tidak cukup tanah, bukan? Pengalaman itulah yang dialami oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Walaupun usianya masih mentah namun dia tahu apa yang harus dilakukannya dan apa yang tidak boleh dilakukannya ketika melalui jalan bersama beruang bersaiz besar ketika sesi pendakian di Itali. Videonya kemudian tular.

Loris Calliari [1]/Twitter

Alessandro, yang mendaki kawasan hutan di Malga Nuova, wilayah Trentino di Itali dilihat berhadapan dengan seekor beruang ketika kejadian itu dirakam di kamera dan dikongsi di seorang pengguna Twitter, Loris Calliari [1].

“Ayuh Ale, bergerak ke sini. Jangan berpaling memandang ‘dia’ – yang merujuk kepada beruang tersebut”, kata Loris. Berjaya menyembunyikan rasa cemas, Alessandro bergerak menuruni bukit secara perlahan-lahan tanpa rasa panik.

Dengan memegang beg plastik, secara tenangnya dia berjalan perlahan-lahan. Namun jelas bahawa Loris yang sedang merakamkan video tersebut agak cemas memandangkan telefon bimbit yang dipegangnya itu sedikit bergegar.

Loris Calliari [1]/Twitter

Ada satu ketika, beruang itu dapat dilihat berdiri di kedua kaki belakangnya ketika Alessandro terganggu dan memanggil ibunya dengan lembut dan dengan suara rendah, “Ibu”, ujar Alessandro dalam video itu.

Seramnya! Tahap ketenangan yang dimiliki Alessandro itu merupakan perkara yang sangat dikagumi. Menerusi temu bual, dia mengatakan bahawa dia ada menonton video mengenai cara terbaik ketika berhadapan dengan beruang.

Loris Calliari [1]/Twitter

“Saya belajar bahawa jika anda menjerit, beruang akan menjadi gelisah dan akan bertindak lebih agresif”, katanya. Ya, Alessandro telah menghadapi keadaan ini dengan jayanya. Tetap tenang, jangan menjerit dan bergerak perlahan-lahan.

 

loading...