Ketika dunia dilanda pandemik global di mana ribuan orang kehilangan pekerjaan dan ribuan lagi kelaparan di jalanan, kasih sayang dan keprihatinan orang lain yang masih bernasib baik amat diperlukan.

Maka ramai dermawan serta organisasi di seluruh dunia dalam kalangan jutawan dan selebriti telah menyumbang dengan tujuan amal demi melihat golongan yang terjejas dengan pandemik terutama mereka yang miskin dapat terus dibantu dan tidak berada dalam kelaparan.

Ramai jutawan telah menyumbang berjuta-juta dolar untuk tujuan itu termasuk Jack Dorsey, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter yang mengungguli kesemua jutawan dengan sumbangan 1 bilion dolar untuk pelbagai dana bantuan kemanusiaan COVID-19. 

@jack/Twitter

Tetapi bagaimana jika bukan jutawan atau orang kaya yang menyumbang kepada orang miskin tetapi seorang yang miskin harta tetapi kaya dengan kebaikan hatinya?

Seorang wanita berusia 70 tahun dari India telah menyumbang lebih banyak daripada yang pernah disumbangkan oleh jutawan ketika dia menyerahkan wang pencen bulanannya kepada sebuah organisasi amal yang mengagihkan makanan kepada orang miskin.

Dalam sebuah posting tular yang telah perhatian netizen dengan lebih 75,000 perkongsian di Facebook menceritakan kisah bagaimana Kamalamma menyerahkan wang saraan daripada pencennya yang tidak seberapa kepada orang miskin yang lain sehingga menyentuh hati ramai orang yang telah membacanya.

Ravi Chandran/Facebook

Pada 12 Mei, ketika anggota organisasi, Rotary Heritage of Mysuru di India sibuk dengan persiapan Annadana (memberi makanan, menyokong dan menjaga orang miskin), datang seorang wanita tua yang kelihatan miskin memasuki premis mereka.

Mereka menyangka wanita warga emas ini datang untuk meminta makanan, maka dengan spontan memberikan beberapa bungkus makanan kepadanya, namun beliau telah menolak untuk mengambilnya. 

Sebaliknya secara perlahan, wanita ini mengumpulkan keberanian dengan mengeluarkan sejumlah wang yang tersembunyi di balik pakaiannya dan menyerahkannya kepada mereka.

“Saya telah memerhatikan anda semua membekalkan makanan ke kawasan saya selama lebih dari 30 hari sekarang, jadi rasanya saya juga harus memberi anda Rs 500 daripada pencen bulanan Rs 600 yang saya terima. Jumlahnya hanya sedikit tetapi terimalah,” kata Kamalamma yang berhati mulia dan pemurah.

Terkejut dengan tindakannya dan berasa malu bahawa mereka telah menawarkan makanan kepadanya, para anggota organisasi terkejut dengan isyarat bersungguh Kamalamma yang tekun memisahkan Rs 500 (RM29) daripada pencen Rs 600 (RM34) yang diterimanya, terutama ketika di saat semua orang mengalami kesukaran kini.

“Dengan terus mengelak beberapa permintaan kami supaya menyimpan sahaja wang itu, dia tetap berkeras agar kami menerimanya, yang kami kena lakukan kerana perlu menghormati niatnya,” kata mereka di organisasi itu.

“Kawan-kawan, pada waktu itu kami merasakan dia tidak kurang hebat dari jutawan Tata, Ambanis, Azim Premji, Narayan Murthy dan lain-lain kerana dia sanggup memisahkan 90% daripada wang pencen bulanannya untuk orang miskin lain.”

“Kami dapat menyaksikan keagungan hati seorang ibu, walau betapa miskinnya dia,” catatan Ravi Chandran di Facebook.

Bersama dengan catatan tersebut terpapar gambar ilustrasi yang menggambarkan kemurahan hati Kamalamma di mana beliau dilihat ditempatkan di kalangan jutawan lain yang juga telah menyumbang demi perjuangannya membantu golongan lebih memerlukan.

Ilustrasi ini menggambarkan banyak perkara mengenai apa yang boleh dilakukan oleh Kamalamma dengan kemurahan hatinya terhadap orang lain walaupun situasi yang beliau hadapi turut sama sahaja seperti mana orang lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular