Pasti ramai anda di luar sana yang pernah melakukan ujian personaliti. Biasanya semua itu dilakukan secara suka-suka sahaja.

Mungkin apa yang dikatakan mengenai anda melalui jenis benda, warna ataupun gambar yang anda pilih ada benarnya tetapi ada juga yang bertentangan. Jangan risau dengan apa pun jawapannya kerana anda lebih tahu akan diri anda sendiri.

Kali ini mari kita buat satu lagi ujian untuk melihat kaitan antara permata pilihan anda dengan karakter peribadi anda sendiri.

Caranya mudah; cuba bayangkan anda sedang berada dalam sebuah pengambaraan di Mesir dan tiba-tiba anda disapa oleh seorang penjual berhampiran piramid. Penjual itu kemudian menawarkan cincin Firaun kepada anda. Sekarang, tugas anda ialah untuk memilih jenis permata untuk cincin tersebut.

Berikut adalah lima jenis permata yang boleh dipilih. Pilih satu yang menjadi pilihan hati dan lihatlah ciri keperibadian anda melalui pilihan tersebut.

A. Olivine

Olivine adalah “permata matahari” dan sering dikatakan sebagai “batu kebahagiaan”. Sekiranya anda memilih olivine, anda mungkin seorang yang optimis, yakin dan seorang yang sentiasa positif seperti cahaya matahari yang hangat. Anda terbiasa berfikir dari sisi yang positif.

Anda juga bukan sahaja mempunyai semangat untuk diri sendiri tetapi anda juga turut memberikan semangat buat orang lain membuatkan kehadiran anda adalah sebuah kebahagiaan buat orang lain.

B. Aquamarine

Aquamarine adalah intipati kepada laut dan juga dikenali sebagai “batu yang berani.” Sekiranya anda memilih Aquamarine, anda mempunyai kebijaksanaan, keberanian dan kekuatan yang cukup untuk berhadapan dengan pelbagai kesukaran.

Anda juga mempunyai semangat seorang ‘hero’ dalam diri anda dan anda sanggup mengorbankan ego demi orang-orang di sekitar anda. Namun begitu, anda seorang yang agak sukar dikawal kerana anda suka akan kebebasan.

C. Tiger Eye

Jika anda yang memilih mutiara jenis ini anda berkemungkinan mempunyai gaya peribadi yang kuat dan dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencipta suasana positif di sekitar mereka.

Anda juga seorang yang mempunyai kemahuan yang kuat. Anda bukan sahaja bercita-cita tinggi tetapi anda akan cuba mengejar kejayaan dan kecemerlangan untuk mencapai apa yang anda mahukan.

D. Opal

Opal adalah permata indah yang kaya dengan misteri dari segi cecair, minyak dan pantulan cahaya yang terhasil daripadanya. Bagi anda yang memilih permata ini, anda adalah seorang yang pintar, berkemahiran dan mudah berubah. Hati anda pula suka akan keharmonian dan kegembiraan.

Anda seorang yang mempunyai banyak idea, kaya dengan kreativiti dan sering mengikuti ‘trend’ terkini. Anda tahu bagaimana untuk mengelakkan risiko jadi peluang untuk anda mencapai sesebuah kejayaan adalah lebih tinggi daripada orang lain.

E. Red Agate

Batu akik merah atau ‘red agate’ sering dikaitkan dengan kasih sayang dan harapan. Buat anda memilih permata ini, anda mungkin seorang yang fleksibel dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Selain itu, anda juga seorang yang bersikap ramah dan sering mengambil berat akan keadaan persekitaran dan suka menolong orang lain dalam menyelesaikan masalah mereka. Anda juga seorang yang sangat kreatif dan sering memiliki idea dan kreativiti tanpa henti.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular