BEIJING – Seorang doktor di Wuhan yang bertugas sebagai pemantau bagi virus Parti Komunis China atau virus PKC (COVID-19), Hu Weifeng dilaporkan telah meninggal dunia sekali gus menjadi kes kematian pertama di China bagi minggu ini.

Oriental Daily

Mendiang yang merupakan seorang ahli urologi di Hospital Central Wuhan dikatakan telah meninggal dunia akibat virus berkenaan pada Jumaat lalu setelah empat bulan terlantar di hospital.

Menurut penyiar berita tempatan CCTV, Hu Weifeng telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas disahkan positif virus PKC selain menghidapi beberapa masalah kesihatan lain.

Hal ini menjadikan Hu Weifeng sebagai doktor keenam dari Hospital Central Wuhan yang meninggal dunia berpunca daripada jangkitan virus terbabit. Sementara itu, Hospital Central Wuhan tidak memberi sebarang kenyataan rasmi berkenaan kematian Hu Weifeng.

Oriental Daily

Terdahulu, Hu Weifeng menjadi bualan hangat di internet apabila gambar terkininya yang kelihatan agak gelap telah disebarkan oleh media China. Menurut laporan, gejala warna kulit berubah kehitaman yang dialami oleh Hu terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat penyakit kerosakan hati yang dihidapinya.

Bagaimanapun, rakan sejawat mendiang iaitu Yi Fan yang turut menunjukkan gejala sama telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Doktor yang merawat mereka menjelaskan bahawa warna kulit akan berubah seperti asal sebaik sahaja hati mereka dapat berfungsi dengan normal.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular