Kalau namanya adik-beradik, pasti tidak dapat dielak untuk bergaduh terutama ketika waktu kecil disebabkan berebut barang permainan.

Apabila sudah berebut-rebut, jadi riuh satu rumah apabila adik-beradik menjerit-jerit sampai menangis, boleh berlarutan sehingga esok hari dengan muka yang masam, jika ibu bapa tidak berjaya memujuk mereka.

haniszalikha/Instagram

Maka, cara selebriti Hanis Zalikha, isteri kepada pelakon aksi terkenal Hairul Azreen mungkin boleh menjadi panduan buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang baik budi pekertinya kelak.

Baru-baru ini Hanis Zalikha berkongsi video di laman Instagram miliknya menunjukkan beliau secara tidak sengaja merakam dua buah hatinya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sedang berebut mainan.

Menerusi rakaman video tersebut, Hanis Zalikha sedang menyuapkan hidangan pasta kepada Yusuf dan Alisa, tetapi tiba-tiba secara spontan terakam gelagat kedua adik-beradik yang comel ini sedang bergaduh berebut penutup kotak Lego.

haniszalikha/Instagram

“Hendak rakam adik-beradik makan pasta, terakam perebutan,” terang Hanis Zalikha dalam posting Instagram itu.

Apa yang mengagumkan ialah cara Hanis Zalikha berjaya mengawal situasi supaya anak-anaknya tidak terus bergaduh, sebaliknya terus berdamai dalam jangka masa yang singkat.

Walaupun pada mulanya kedua beradik ini bergelut berebut mainan, Hanis Zalikha menegur mereka dengan cara paling lembut, membuatkan Yusuf dan Alisa tidak terus bergaduh dan menangis, sebaliknya berbaik semula dengan senyuman.

haniszalikha/Instagram

Cara Hanis Zalikha yang bijak mengawal keadaan ketika mengasuh anak-anaknya telah mendapat lebih 792,000 tontonan netizen yang berasa kagum dan ramai terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama dalam mendidik anak-anak kecil.

 

View this post on Instagram

 

Nak record adik-beradik makan pasta, terrecord perebutan 🤭 @theyusufiskandar @thealisaaisyah

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

haniszalikha/Instagram

Pujian harus diberikan kepada cara didikan Hanis Zalikha yang wajib dijadikan teladan dalam membentuk sahsiah anak-anak dengan nilai terbaik, disamping suka melihat keletah si comel Yusuf dan Alisa, walaupun masih kecil sudah bijak untuk menilai dan mendengar kata ibu bapa.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular