Pada hari-hari yang suram seperti yang kita alami sekarang, hakikat mengalami kesusahan ekonomi sudah tidak dapat dinafikan.

Semakin ramai orang terpaksa mengais simpanan demi memastikan bahawa mereka dapat memenuhi keperluan, sementara ada yang terus ditimpa malang dengan akhirnya terpaksa tidur di jalanan.

Oleh kerana itu mengikut keadaan, setiap kebaikan yang dapat kita tawarkan antara satu sama lain dapat memberi perbezaan, sama ada kita sedar atau tidak. 

@syarazidlee/Twitter

Begitulah kisah menyentuh hati daripada seorang penunggang Foodpanda, yang baru-baru ini menceritakan pengalamannya ketika memberikan bantuan kepada beberapa gelandangan di selatan tanahair ketika dia sedang bekerja.

Netizen @syarazidlee yang bekerja sebagai penunggang Foodpanda telah berkongsi di Twitter dengan menceritakan bagaimana ketika dia melakukan penghantaran makanan baru-baru ini, salah seorang pelanggan yang memesan makanan segera KFC secara tiba-tiba memutuskan untuk membatalkan pesanan.

Tidak mahu membazirkan makanan itu di dalam beg penghantarannya, dia kemudian memutuskan bahawa untuk tidak mensia-siakan pesanan itu daripada dibuang, adalah lebih baik dia melakukan kebaikan dengan membantu golongan yang memerlukan. 

@syarazidlee/Twitter

Ketika itu, dia menemui beberapa orang gelandangan lelaki yang tidur di luar perkarangan seperti sebuah bank, dan dia kemudian mengedarkan hidangan KFC itu kepada mereka.

Kapsyen @syarazidlee, “Saya kasihan melihat mereka, tidak tahu bila mereka akan dapat makan apa lagi seterusnya. Tersenyum gembira tidak berhenti cakap terima kasih selepas terima KFC yang saya beri.”

“Alhamdulillah, semoga negara kita dapat mengatasi krisis COVID-19 tidak lama lagi,” tambahnya.

@syarazidlee/Twitter

Dalam video yang dimuat naik itu, kelihatan para gelandangan sangat gembira ketika menerima makanan, tersenyum lebar kerana dapat makan KFC sebagai rezeki mereka pada hari itu. 

Syukur @syarazidlee telah berjaya mengedar makanan percuma tersebut kepada tiga orang gelandangan lelaki pada hari itu.

@syarazidlee/Twitter

Video tersebut telah menjadi tular dengan lebih 118,000 tontonan dan 9,400 retweet yang mendapat pujian ramai netizen kerana kemuliaan hati pemuda ini dan rakan-rakannya yang lain dari Foodpanda kerana sentiasa prihatin terhadap golongan memerlukan serta kurang bernasib baik.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular