Pendek kata, kaum Adam ini agak lemah dan manja terutamanya ketika mereka sakit. Setujukah anda? Ia berbeza pula dengan kaum Hawa yang agak ‘gagah’ meskipun dalam keadaan diri yang tidak sihat, bukan?

Tidak percaya? Menerusi satu kenyataan di laman Facebook peribadi, seorang pengguna yang juga merupakan seorang doktor, Dr Lin Sihong berkongsi satu situasi yang kerap berlaku di dalam wad di hospital tempat dirinya bertugas.

Sekeping foto itu jelas menunjukkan seorang pesakit wanita yang baru bersalin bersama suaminya. Kelihatan si suami pula yang terlebih penat dan terbaring di atas katil manakala si isteri santai sahaja duduk di kerusi.

Musykil pula siapa sebenarnya yang sakit, bukan? “Agak sukar untuk dijelaskan. Ianya merupakan satu pemandangan lazim di wad. Si suami lebih penat daripada isterinya yang baru bersalin”, tulis doktor berkenaan.

Perkara berkenaan ternyata menarik perhatian serta menerima pelbagai respon yang serupa daripada para wanita di laman berkenaan.

#1 Wah, selesanya!

Lin Sihong/Facebook

#2 “Selepas saya terima rawatan laparotomi, suami saya keletihan”

Lin Sihong/Facebook

#3 Sedapnya tidur..

Lin Sihong/Facebook

#4 Yang ini pula kepenatan selepas bantu beri susu pada anak. Ha, baru tahu penat kaum ibu macam mana, bukan?

Lin Sihong/Facebook

#5 Terperanjat tengok bayi gergasi ni!

Lin Sihong/Facebook

#6 Penat mengalahkan si ibu

Lin Sihong/Facebook

#7 Eh, suami dan orang yang melawat pula kepenatan hingga tertidur ya?

Lin Sihong/Facebook

#8 Shh, jangan kejutkan mereka

Lin Sihong/Facebook

#9 Pura-pura berjaga

Lin Sihong/Facebook

Walaupun mereka tidur kepenatan, pujian harus diberikan kepada golongan bapa ini kerana tetap berusaha untuk kekal menemani isteri kesayangan mereka di hospital.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular