Ramai antara kita yang sangat peka dengan berat badan. Setiap awal tahun pasti ramai yang menanam azam untuk mengurangkan berat sekaligus mendapatkan berat badan yang ideal.

Namun, ada juga yang terlepas pandang dengan hanya melihat bentuk tubuh tanpa mempedulikan bentuk lengan. Hakikatnya, lemak juga boleh terkumpul di bahagian ‘trisep’ iaitu bahagian lengan dan di bawah ketiak.

Hal ini akan menjadikan lengan kita tidak tegang dan lemak yang terbentuk boleh dilihat dengan jelas.

Gambar Hiasan/Facebook

Jadi, apa kata kalau anda cuba untuk melakukan senaman ringkas yang boleh membakar lemak di lengan. Pergerakan ini mudah tanpa menggunakan apa-apa alat dan anda boleh melakukannya di mana sahaja apabila mempunyai masa terluang.

Hasilnya, tiada lagi kumpulan lemak yang ‘menyakitkan mata’ serta lengan anda akan lebih kuat dan cantik dengan otot yang terbentuk.

Gambar Hiasan/Twitter

Berikut adalah beberapa pergerakan yang boleh dilakukan dengan mudah di rumah:

1.

Caranya angkat kedua-dua lengan selebar bahu dan tekan lengan ke bawah hingga mencapai ke sisi paha dan ulang langkah tersebut. Pergerakan ini dapat meregangkan otot di bahagian belakang lengan sehingga membolehkan otot terbentuk.

Giphy

Giphy

2.

Buka lengan selebar bahu. Gerakkan tangan dari depan ke belakang. Gunakan sedikit tekanan supaya hasil senaman dapat dilihat. Pergerakan ini dapat membentuk otot dalaman pada lengan.

Giphy

3.

Bengkokkan lengan dan lakukan pergerakan ‘buka’ dan ‘tutup’. Pergerakan ini dapat membentuk otot luaran pada lengan.

Giphy

Giphy

4.

Buka lengan selebar bahu dan mula gerakkan lengan membentuk bulatan kecil. Buat bulatan ke depan dan belakang berulang kali. Tujuan pergerakan ini ialah untuk mendapatkan bentuk lengan yang lebih kurus.

Giphy

Kesemua ini tidak memerlukan peralatan atau ruang yang besar. Anda boleh lakukan bila-bila masa walaupun hanya sekadar beberapa minit yang anda mahukan.

Pergerakan ini memang kelihatan mudah tetapi hasilnya cukup memuaskan hati. Apa yang penting jika anda melakukannya secara konsisten setiap hari, anda hanya memerlukan dua minggu untuk melihat hasilnya. Jom bersenam!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular