Laporan dari BBC mendapati bahawa lebih dari 1,200 akaun media sosial telah diwujudkan dalam tempoh masa yang hampir serupa, dan kesemuanya didapati punyai misi yang sama iaitu untuk mempengaruhi orang ramai dengan mesej yang pro-Parti Komunis China.

Antara media sosial yang terlibat adalah seperti Facebook, Twitter dan YouTube.

Unsplash

Menerusi ketiga-tiga media sosial ini, akaun-akaun palsu didapati menyebarkan mesej negatif tentang sesiapa yang mengkritik cara Parti Komunis China menangani wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19), dan dalam masa yang sama memuji tindak balas yang dilakukan oleh Beijing, memuatnaik komen negatif tentang gerakan pro-demokrasi di Hong Kong, mengkritik cara Amerika Syarikat menangani wabak Virus PKC (COVID-19) dan menyasarkan kepada seorang taikun hartanah Cina di Amerika Syarikat, Guo Wengui yang sebelum ini secara terbuka telah mengkritik Parti Komunis China mengenai Virus PKC (COVID-19).

Kesemua akaun ini, bagaimanapun, tidak mempunyai bukti yang tepat untuk didakwa sebagai akaun yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis China, tetapi kesemua akaun ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan operasi maklumat yang disokong oleh Parti Komunis China dan telah dipadam dari Facebook dan Twitter pada tahun lalu.

Unsplash

Selain daripada majoriti akaun-akaun media sosial yang dicipta dalam tempoh masa antara Januari hingga Mei 2020, BBC juga mendapati bahawa terdapat beberapa akaun media sosial yang telah digodam dari pemilik asal yang langsung tiada kena mengena dengan negara China.

Antara penemuannya adalah seperti sebuah akaun Facebook yang telah lama diwujudkan dan sebelum ini banyak memuatnaik kiriman dalam bahasa Bangladesh serta banyak bukti komunikasi yang turut sama ditutur dalam bahasa Bangladesh.

Bagaimanapun, pada suatu hari, akaun tersebut didapati mula memuatnaik kiriman dalam bahasa Cina dan ditukar identiti asal.

Unsplash

Selain daripada contoh yang dinyatakan, kajian juga mendapati banyak lagi akaun yang serupa yang dipercayai telah digodam daripada pemilik asal dari negara lain seperti Russia yang kemudiannya digunakan untuk menyebarkan propaganda dari Parti Komunis China.

Disamping itu, BBC yang menjalankan penyelidikan ini juga telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 akaun Twitter, 53 halaman Facebook – dengan kurang dari 100,000 pengikut keseluruhannya – 61 akaun Facebook, dan 187 saluran YouTube dengan jumlah sekitar 10,000 pengikut. 

Walaupun bilangan pengikut yang diperolehi boleh dikatakan agak besar, namun BBC berpendapat bahawa bilangan ini tidak cukup besar sehingga boleh memberi pengaruh kepada orang ramai.

Unsplash

Di laman Twitter, BBC mendapati bahawa kebanyakan daripada akaun-akaun palsu ini menggunakan rangkaian akaun automatik, atau lebih dikenali sebagai “bot”. Majoriti daripada akaun-akaun ini mengkritik taikun hartanah Guo Wengui dan kiriman yang dimuat naik diulang kicau, disukai dan menerima komen daripada akaun-akaun palsu yang lain, dengan matlamat untuk menyebarkan propaganda mereka kepada ‘orang luar’.

Bagaimanapun, ternyata usaha ini dikatakan sebagai sia-sia kerana “sebilangan besar kiriman – perkongsian, sukaan, ulang kicau, komen, paparan dan perbincangan – berasal dari dalam rangkaian, bukan dari pengguna sebenar”, dakwa BBC.

Penyelidikan oleh BBC di laman YouTube pula mendapati bahawa akaun-akaun palsu di laman itu kebanyakannya menumpukan kepada video mengenai kematian akibat Virus PKC (COVID-19) yang berlaku di Amerika Syarikat dan kisah negatif mengenai taikun hartanah Guo Wengui. Akaun-akaun ini juga didapati memuatnaik video yang serupa dalam tempoh masa yang hampir sama, saling menyukai dan meninggalkan komen di video masing-masing, serta membuat senarai main bagi kandungan video yang dimuatnaik.

Unsplash

Bukan itu sahaja, BBC juga mendapati bahawa beberapa akaun palsu lain juga hanya memuat naik satu atau dua video ‘propaganda’ sahaja, dan hanya menumpukan kepada misi untuk meningkatkan bilangan paparan video dan pengikut akaun masing-masing.

Selain itu, BBC dalam laporannya turut mendedahkan bahawa operasi yang dilakukan oleh Parti Komunis China ini sebagai “satu operasi yang berkoordinasi”.

Untuk menarik perhatian pengguna media sosial yang lain, ada antara akaun-akaun palsu ini yang menggunakan cara yang lebih ‘halus’, iaitu dengan cara ‘menyelitkan’ beberapa video yang tidak berkaitan dengan propaganda mereka, seperti video-video haiwan, klip permainan video, gambar-gambar model Asia serta gambar-gambar alam semula jadi dan makanan.

Unsplash

Ben Nimmo, Pengarah Siasatan dari firma analisis media sosial, Graphika, yang sebelum ini pernah mendedahkan tentang akaun media sosial palsu yang didapati menyebarkan propaganda pro-PKC, berpendapat bahawa jaringan yang diwujudkan ini adalah untuk “meningkatkan kandungan (propaganda) pro-PKC, dan kemudian menyembunyikannya dengan mengelilinginya dengan kandungan spam,” 

Matlamat utama mereka adalah untuk menarik minat pengguna media sosial yang asli, tetapi malangnya “telah dilakukan dengan cara yang tidak bercitarasa dan agak amatur”.

Walaupun telah banyak akaun palsu yang dipadam dari media sosial berikutan hasil dapatan kajian dari firma Nimmo sendiri, namun kini didapati bahawa bilangan akaun palsu yang dicipta semakin meningkat dari hari ke hari, terutamanya selepas “penularan wabak COVID-19 yang menjadi masalah utama di China”, kata Nimmo.

Unsplash

“Ini adalah corak yang kita lihat pada pelaku ancaman yang lebih gigih: mereka terus berusaha untuk kembali, tetapi kesan berulang dari pendedahan yang dilakukan dan (akaun media sosial palsu) dipadamkan akan memberi kesan kepada cara mereka beroperasi, dan memaksa mereka berusaha untuk bersembunyi dan bukannya mencuba untuk meraih pengikut,” tambah Nimmo.

Setelah penemuan oleh BBC ini dilaporkan kepada ketiga-tiga rangkaian media sosial yang terlibat, sebahagian besar akaun, halaman dan saluran kini telah dipadam.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular