Penularan wabak Virus Parti Komunis China atau Virus PKC (COVID-19) masih belum menampakkan tanda-tanda bakal reda dalam masa terdekat. Setakat hari ini (28 Mei 2020), Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kematian tertinggi dunia iaitu mencecah 102,000 mangsa dengan jumlah keseluruhan kes positif sehingga 1 juta orang! Disebabkan itulah, kerajaan sentiasa mengingatkan orang awam untuk menjaga jarak sosial 1 meter selain kerap membasuh tangan dan melaksanakan saringan suhu badan.

Sekarang ini, ke mana sahaja kita pergi, kita dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan saringan suhu menggunakan termometer imbasan infra merah. Antara premis yang diwajibkan untuk mematuhi SOP ini adalah seperti pasaraya, pusat membeli-belah, klinik, hospital, pejabat, restoran dan sebagainya. Meskipun kita sudah terbiasa dengan situasi ‘ditembak’ dengan alat pengesanan suhu setiap masa, masih ramai yang tidak begitu tahu tentang tatacara penggunaan dan bacaan suhu yang dibenarkan.

 

Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Zek atau nama sebenarnya Ahmad Zakimi Abdullah telah berkongsi pengalamannya ‘ditembak’ suhu oleh seorang pengawal keselamatan. Sebelum memasuki premis, Dr Zek telah menjalani saringan awal suhu oleh pengawal keselamatan tersebut dan mendapati suhu badannya adalah 36.6°C. Mengejutkan apabila Dr Zek bertanya kepada pengawal tersebut tentang bacaan suhu yang tidak dibenarkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengawal tersebut menjawab, “Tak tahu. Bos saya suruh saya tembak-tembak dahi sahaja”.

Seperti sedia kita maklum, gejala utama virus ini adalah demam. Oleh demikian, saringan yang paling mudah adalah melalui bacaan suhu badan dan berdasarkan kepada bacaan dalam garis panduan OSH, seseorang yang suhu badannya berada pada tahap 37.5°C ke atas tidak boleh memasuki mana-mana premis.

MOHD RASFAN/AFP via Getty Image

Mengapa 37.5°C? Hal ini kerana suhu badan normal adalah sekitar 36°C sehingga 37.4°C. Justeru, suhu 37.5°C atau lebih menandakan bahawa anda mengalami gejala demam yang merupakan simptom utama bagi virus PKC ini. Namun harus diingatkan bahawa bacaan ini hanya termaktub untuk bacaan suhu yang menggunakan alat thermoscan inframerah.

Bagi bacaan suhu demam menggunakan termometer jenis lain pula adalah berbeza. Sebagai contoh, bacaan suhu di ketiak adalah melebihi 37.2°C, mulut melebihi 37.8°C dan rektum (punggung) atau telinga adalah melebihi 38°C.

Rahman Roslan/Getty Images

Menurut Dr Zek lagi, ramai yang bertanya mengapa termometer jenis infrared gun perlu digunakan bagi saringan awal. Jawapannya, dengan menggunakan termometer ini, suhu individu boleh diambil dari jarak jauh demi mengekalkan penjarakan 1 meter. Bagaimanapun, bacaan suhu yang diambil menggunakan alat ini tidak 100% memberikan bacaan yang tepat. Hal ini demikian kerana penggunaan thermoscan ini diambil pada jarak tertentu dan boleh dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Tambahan pula, penggunaan alat ini hanyalah sekadar bertujuan untuk diagnosis asas sahaja atau dalam erti kata lain sebagai garis panduan untuk mengesan gejala Virus PKC (COVID-19). Sebarang perbezaan suhu dalam lingkungan 0.5°C masih boleh dikategorikan sebagai selamat.

GOH CHAI HIN/AFP via Getty Images

Apa yang penting adalah elakkan keluar rumah jika tiada sebarang keperluan dan sentiasa mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dan memakai cecair pembasmi kuman. Sama-sama kita berusaha dalam memutuskan rantaian Virus PKC (COVID-19) ini. #KitaJagaKita.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular