Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu kirimannya memaklumkan kepada orang ramai tentang polisi terbaharu bagi semua fasiliti kesihatan KKM serta swasta berkaitan pesakit bergejala SARI yang secara automatik akan diletakkan dalam ruang khas dan dirawat oleh petugas kesihatan yang memakai pakaian perlindungan Personal Protection Equipment (PPE).

Unsplash

Menurut kiriman berkenaan, mana-mana individu yang didapati mempunyai gejala SARI (severe acute respiratory infection) atau jangkitan pernafasan akut teruk terutama radang paru-paru akan dianggap positif Virus Parti Komunis China (COVID-19) sehinggalah keputusan ujian makmal membuktikan sebaliknya.

Langkah ini adalah salah satu cara pihak KKM untuk mengawasi serta mengesan situasi awal bagi jangkitan Virus PKC (COVID-19) dalam komuniti selain daripada melindungi para petugas kesihatan yang berisiko tinggi untuk menjangkiti wabak Virus PKC (COVID-19).

Menerusi kiriman yang sama, KKM juga menerangkan bahawa polisi ini dikuatkuasakan setelah berlakunya kes jangkitan Virus PKC (COVID-19) terhadap petugas kesihatan swasta yang merawat seorang pesakit bergejala ringan yang mempunyai kontak rapat dengan kes Kluster PUI Bali. Jangkitan ini seterusnya telah tersebar pada para petugas kesihatan serta pesakit lain.

Menurut KKM, pesakit yang bergejala SARI adalah salah satu punca utama bagi jangkitan Virus PKC (COVID-19) dalam kalangan petugas kesihatan di Malaysia dan tiada satu kespun yang berlaku disebabkan jangkitan dari pesakit Virus PKC (COVID-19) yang dirawat di wad isolasi atau Unit Rawatan Rapi di hospital KKM.

Justeru, pihak KKM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa bersikap jujur dalam memberikan keterangan kesihatan sekiranya mempunyai apa-apa gejala Virus PKC (COVID-19) tidak kira gejala ringan (selsema dan batuk) mahupun berat. Disamping itu, maklumat seperti kontak rapat dengan pesakit positif Virus PKC (COVID-19) juga perlu dimaklumkan kepada petugas kesihatan agar persediaan untuk mengawal penyebaran wabak dapat dilaksanakan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular