Kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan peraturan empat orang dalam satu kereta yang akan berkuat kuasa mulai 27 Mei, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, di bawah peraturan baru, jumlah penumpang di dalam sebuah kenderaan akan bergantung pada kapasiti kereta seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebuah kereta persendirian dengan kapasiti empat orang, hanya membenarkan seorang pemandu dengan tiga penumpang di dalam kereta yang sama, sementara MPV boleh membawa sehingga tujuh orang,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya pada 26 Mei.

Twitter / Gambar Hiasan

Pengumuman dibuat selepas kerajaan telah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 6) (Pindaan) 2020.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri berkata antara syarat lain adalah pemandu dan penumpang mesti terdiri daripada ahli keluarga yang tinggal di kediaman yang sama.

“Jika MPV (kenderaan pelbagai guna) yang kapasitinya adalah tujuh penumpang, jadi bermula 27 Mei mereka boleh membawa penumpang dengan jumlah maksimum,” jelasnya.

“Pemandu harus mengikut kapasiti kenderaan masing-masing seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” katanya.

Malaysia Government Call Centre/Facebook

Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 26 Mei.

Pada PKP fasa kedua yang bermula 1 April, kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan satu orang satu kenderaan manakala kelonggaran kepada dua penumpang dalam satu kereta pula diberikan ketika PKP fasa keempat yang bermula 29 April.

Dalam PKP Bersyarat (PKPB) pula, kerajaan mengehadkan hanya empat orang dalam keluarga yang sama boleh menaiki kenderaan persendirian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular