Kita langsung tidak berdaya untuk mengawal segalanya, apatah lagi di saat situasi yang menyedihkan. Oleh yang demikian, kita seharusnya bersedia dengan apa jua yang bakal kita hadapi dan tanganinya dengan penuh kesabaran.

Baru-baru ini di Singapura, seorang pemandu bas wanita yang sedang bertugas membawa penumpang secara tiba-tiba mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia. Dia yang berasa sedih segera memberhentikan bas di tepi jalan dan terus menangis.

Ianya dikongsikan oleh laman Facebook, Malaysia Tamilan 2.0, di mana ia turut disertakan bersama video yang dirakamkan oleh individu yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Malaysia Tamilan 2.0/Facebook

Tangisan wanita tersebut serta tindakannya yang meletakkan bas di tepi jalan ternyata menimbulkan tanda tanya dan mencuri perhatian individu yang berdekatan dengan lokasi bas itu. mereka mahu tahu apa yang terjadi.

Mereka kemudian mendapat tahu bahawa tindakan wanita tersebut adalah disebabkan kesedihan yang dialaminya lantas menyebabkannya tidak mampu untuk meneruskan pemanduannya.

Tangisan pemandu wanita dan tindakan meletakkan bas di tepi jalan segera menimbulkan perhatian orang yang lewat. Setelah mengetahui perkara sebenar, mereka kemudian cuba mententeramkannya yang sedang dilanda kepiluan.

Malaysia Tamilan 2.0/Facebook

Mereka bahkan turut menghubungi penyelia syarikat bas wanita berkenaan. Bukan itu sahaja, malah ada juga individu yang memberikan sebotol minuman untuk wanita tersebut dengan harapan bahawa ianya dapat menenangkannya.

Beberapa ketika kemudian, setelah keadaannya lebih stabil daripada sebelumnya, dia dilihat menghubungi ahli keluarganya bagi mengetahui berita menyedihkan itu dengan lebih lanjut. 

Rata-rata pengguna Facebook turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

Malaysia Tamilan 2.0/Facebook

Ada juga pengguna yang mahu kerajaan Singapura melakukan sesuatu untuknya

Malaysia Tamilan 2.0/Facebook

Dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat

Malaysia Tamilan 2.0/Facebook

Ternyata kita tidak dapat mengelakkan kematian dan berita yang menyedihkan memandangkan ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan. Diharapkan agar wanita itu kekal tabah dan kuat hendaknya…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular