Bayangkan berjumpa semula dengan orang yang kita sayang setelah sekian lama terpisah, pastinya momen tersebut akan menjadi momen paling bahagia dalam hidup.

Bukan hanya kita yang suka akan saat-saat gembira seperti itu malah dua ekor anjing juga merasakan kemanisan yang sama apabila mereka berjumpa semula setelah sekian lama terpisah.

Siapa sangka dua ekor anjing adik-beradik ini boleh terserempak di jalanan ketika masing-masing dibawah berjalan oleh tuan mereka pada suatu hari.

Cerita manis ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Libby dan telah menarik perhatian netizen sehingga menerima hampir satu juta ‘like’ di laman media sosial itu .

Menurut Libby, ayahnya telah menghantar sebuah mesej bersama dengan gambar anjing kepada kawan mereka, Dave yang bertemu semula dengan adik-beradiknya di jalanan.

Kata ayahnya, Dave telah keluar berjalan-jalan bersama anjingnya yang berwarna hitam dan tiba-tiba mereka terserempak dengan pasangan yang turut membawa anjing kecil mereka berjalan-jalan. Kedua-duanya, anjing Dave dan anjing pasangan tersebut merupakan baka yang sama dan siapa sangka mereka adalah adik-beradik!

Apa yang menariknya mereka berdua tetap mengenali antara satu sama lain walaupun setelah terpisah. Tidak hanya itu, mereka berdua terus memeluk antara satu sama lain ketika menyedari bahawa mereka adalah adik-beradik!

Momen manis itu bukan sahaja bermakna buat kedua-dua ekor anjing itu malah turut menyentuh hati ribuan orang yang mengetahui tentang kisah mereka.

Menurut pengkaji dari Universiti Tufts, anjing  yang datang dari baka yang sama biasanya akan tertarik antara satu sama lain tetapi masih tidak dapat dibuktikan lagi jika mereka juga boleh mengenali ‘saudara-mara’ mereka yang lain.

Bertemu semula dengan adik-beradik yang setelah lama terpisah, siapa sahaja yang tidak terharu?

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular