- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Parti Komunis China ambil organ daripada tahanan Muslim dalam kempen pembunuhan beramai-ramai

Seramai ratusan ribu orang dipercayai telah terbunuh dalam kempen pembunuhan beramai-ramai yang turut melibatkan orang Islam menurut laporan China Tribunal, di mana Parti Komunis China difahamkan telah mengambil organ mangsa dan digunakan untuk transplantasi.

Organ-organ berkenaan termasuklah jantung, mata dan paru-paru yang diambil dan dimasukkan ke dalam tubuh pesakit lain yang tidak mempunyai penderma organ.

Menurut wakil jurucakap, Hamid Sabi percaya bahawa sasaran utamanya adalah terhadap pengamal Falun Gong [1], iaitu satu bentuk pengamalan meditasi yang dilarang oleh Parti Komunis China untuk diamalkan di China sejak 20 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, Hamid juga berpendapat bahawa kempen itu turut menjadikan umat Islam Uighur sebagai mangsa.

PETER PARKS/AFP via Getty Images

Setakat ini, Parti Komunis China difahamkan telah menahan sekurang-kurangnya 1 juta orang Uighur dan minoriti Muslim yang lain di dalam kem yang digelar ‘concentration camp’ atau kem tertumpu.

GREG BAKER/AFP via Getty Images

Buktinya, kumpulan pesakit yang sedang menunggu penderma organ dikatakan hanya menunggu untuk masa yang agak singkat bagi menjalani pembedahan pemindahan organ di hospital di China.

Sesuatu seperti itu adalah sesuatu yang mustahil. Agak mustahil untuk wujudnya penderma yang layak dibawah skim penderma sukarela yang baru dibentuk.

Tambah kumpulan itu, kemudahan dan pegawai perubatan juga muncul di daerah di mana tiada skim sukarela untuk penderma organ.

Kata Hamid, pemindahan organ untuk menyelamatkan nyawa adalah kejayaan ilmiah dan sosial. Tetapi tindakan membunuh penderma itu adalah merupakan satu jenayah.

“Mangsa demi mangsa, kematian demi kematian. Mengeluarkan jantung dan organ lain daripada individu yang masih hidup dan tidak bersalah serta tidak berbahaya adalah merupakan satu kekejaman terburuk abad ini”.

IM WATSON/AFP via Getty Images

Beijing berulang kali membantah tuduhan mengatakan pengeluaran organ itu dilakukan secara paksa daripada tahanan dan nampaknya telah menghentikan penggunaan organ daripada tahanan yang dihukum mati pada tahun 2015.

Namun Tribunal China sebelum ini memutuskan bahawa organ daripada tahanan masih lagi digunakan. Pengerusinya, Sir Geoffrey Nice QC menyimpulkan bahawa sangat ramai individu telah mati secara mengerikan tanpa sebab.

“Lebih ramai lagi yang mungkin menderita dengan cara sebegitu. Kita semua tinggal di planet, di mana kejahatan melampau dapat ditemukan dalam kekuasan sesetengah pihak. Tiada bukti bahawa amalan ini dihentikan dan tribunal masih lagi mempercayai bahawa ia masih lagi berlanjutan”.

 

loading...