- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Detik lucu ketika anjing nakal ini buat ‘perangai’ ketika pemiliknya mahu melamar teman wanitanya

Lamaran perkahwinan adalah sesuatu yang sangat penting terutama buat golongan lelaki yang pasti mahu menjadikan detik tersebut adalah kenangan yang sangat manis untuk dikenang kelak.

Mereka biasanya akan memikirkan idea terbaik untuk melamar wanita pilihan mereka dengan harapan mereka akan menerima ‘ya’ sebagai jawapan.

Perkara yang sama dilakukan oleh pemuda dari Wisconsin ini apabila dia menyiapkan sesuatu yang istimewa untuk melamar teman wanitanya, Ashley.

Peekme [1]

Apa yang dilakukan oleh Mark ialah dia telah menyediakan suasana yang romantis untuk Ashley dan tidak hanya itu dia juga menggunakan ‘bantuan’ daripada anjingnya, Ghost untuk detik manis tersebut.

Peekme [1]

Namun begitu, keadaan berubah apabila momen romantis tersebut bertukar menjadi sesuatu yang melucukan. Pada mulanya Mark merancang untuk membawa teman wanitanya berjalan-jalan di pantai dan dalam masa yang sama kawan-kawan serta saudara-mara bersama Ghost akan bersembunyi seketika.

Kemudiannya dia akan bersiul dan ketika itulah Ghost akan dilepaskan dengan membawa tanda “mummy, will you marry daddy?” dan selepas Ashley mengatakan ‘ya’ mereka akan keluar dan meraikan berita gembiara itu bersama.

Itulah rancangan asal yang dilakukan oleh Mark tetapi adakah semua itu menjadi seperti yang dirancang?

Apa yang sebenarnya berlaku ialah selepas Mark bersiul, Ghost tidak berlari ke arahnya seperti yang dirancang kerana Ghost sepertinya lebih tertarik kepada burung camar dan ia terus mengejar burung tersebut.

Peekme [1]

Peekme [1]

Ashley sama sekali tidak menyedari tanda di leher anjing itu. Dia hanya mahu menenangkan anjing yang nampaknya begitu teruja mengejar burung di tepi pantai. Mark kemudian meneruskan dengan rancangan seterusnya untuk melutut untuk melamar Ashley.

Peekme [1]

Walaupun apa yang berlaku tidak sempurna seperti yang dirancang tetapi pengakhirannya adalah sangat sempurna apabila Ashley mengangguk setuju dan kini pasangan itu sudah bersiap untuk berkahwin.

Peekme [1]

Ashley ketawa dan berkata: “Pada masa itu, ada sekitar 25 orang saudara dan rakan yang hadir, dan datuk saya yang berusia 96 tahun juga ada di sana. Lamaran Mark adalah sangat menarik seolah-olah kehidupan kita yang penuh dengan cinta, tetapi kadang-kadang berlakunya sedikit kekeliruan.

Mungkin apa yang berlaku tidak sama seperti yang dirancang namun momen tersebut tetap merupakan kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh Mark dan Ashley.

loading...