Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada 22 Mei memaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya bermula petang hari yang sama.

Tindakan tersebut terpaksa diambil selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu lalu telah disahkan positif Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Bagaimanapun, keputusan ujian yang dijalankan terhadap Tan Sri Muhyiddin pada pagi Jumaat, 22 Mei didapati sebagai negatif.

“Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, beberapa individu ternama juga pernah diarah menjalani kuarantin setelah dikesan mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Virus PKC (COVID-19). Antaranya ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekeluarga dan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular