Pergerakan sebilangan besar penduduk dunia adalah terbatas di kediaman mereka dek kerana penularan COVID-19 namun ia langsung tidak memberi kesan kepada haiwan liar yang sebaliknya berasa lebih bebas daripada sebelumnya.

Menerusi satu tinjauan terbaru, penduduk di sebuah bandar Turki terpegun apabila menyaksikan kawanan kambing biri-biri yang bebas berkeliaran di atas jalan yang lazimnya sibuk dan sesak semasa perintah kuarantin negara itu.

@ragipsoylu/Twitter

Kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan pantai Utara negara berkenaan iaitu di bandar Samsun, di mana lebih 100 ekor kambing biri-biri dirakamkan berkeliaran di atas jalan raya yang kosong. Ia kemudiannya menjadi tular di laman media sosial.

@ragipsoylu/Twitter

“Semasa saya mahu tidur, saya terdengar bunyi yang seakan-akan menghampiri”, kata Şeyda Sezgin yang merakamkan video berkenaan. “Saya tidak tahu langsung pada mulanya dan berasa takut memandangkan waktu itu adalah perintah berkurung”.

Dua minit kemudian, Şeyda berkata terdapat kawanan yang lebih besar. Ketika pertama kali melihatnya, rasa seperti bermimpi kerana kawasan tersebut adalah pusat bandar dan jalan tersebut adalah yang paling sibuk di daerah Atakum.

@ragipsoylu/Twitter

Menurut Jawatankuasa Antarabangsa Perekodan Haiwan (ICAR), Turki merupakan habitat untuk lebih kurang 30 juta ekor biri-biri, menjadikannya salah satu negara pembiakan biri-biri dan kambing utama di Eropah.

Namun dek kerana pandemik COVID-19 yang melanda Turki ketika ini, maka populasi kambing biri-biri  berkenaan nampaknya mengambil peluang dengan memanfaatkan pengurangan aktiviti manusia di kawasan bandar.

@StefSimanowitz/Twitter

Di bandar yang sama, seorang lagi pengguna turut ada merakamkan video yang menunjukkan pengembala kambing dipercayai membawa kawanan kambing biri-biri ke daerah pergunungan di wilayah yang berdekatan.

Nampaknya haiwan-haiwan ini begitu menikmati pengurangan aktiviti manusia. Sekali sekala, kita bagilah peluang kepada mereka ini untuk menikmati dunia bersama. Bukankah lebih baik berkongsi begitu?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular