KUALA LUMPUR – Kakak kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan dijangkiti Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Perkara itu diberitahu oleh adiknya, Umi Hafilda Ali menerusi Facebook pada 22 Mei.

@AzminAli/Twitter

“Berita sedih Kak Long saya positif COVID-19 dan kini di hospital Sg Buloh.

“Moga Allah mendatangkan keajaiban kesembuhan tolong doakan,” katanya di Facebook.

Kakak sulung mereka, Norlia Ali, 62 kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.

Sehingga 22 Mei, sebanyak 78 kes baharu Virus PKC (COVID-19) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu adalah 7,137 kes di Malaysia.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular