PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan terdapat satu lagi kluster baharu di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ia didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjelaskan bahawa 645 sampel yang diambil, 35 daripada didapati positif Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Kesemua 35 kes positif terbabit melibatkan bukan warganegara Malaysia iaitu 17 warga Myanmar, 15 warga India dan masing-masing seorang dari Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 645 orang telah diambil sampel dengan 35 kes positif COVID-19 dikesan membabitkan kalangan mereka”, katanya.

Sebanyak 400 sampel menurutnya telah disahkan negatif manakala 210 lagi sampel masih menunggu keputusan.

Ketika sesi sidang media harian juga, Dr Noor Hisham berkata bahawa KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan di semua depot tahanan secara berjadual.

Tambahnya, pelbagai perkhidmatan yang telah diberi seperti rawatan penyakit ringan, rawatan awal kecemasan, pemeriksaan kesihatan ibu hamil, kesihatan bayi dan kanak-kanak termasuk suntukan imunisasi berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan.

“Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut selain kes kecemasan seperti ibu yang bakal bersalin akan dirujuk ke hospital KKM yang berdekatan”, jelasnya.

KKM juga difahamkan akan terus bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan bagi pengurusan kes Virus PKC (COVID-19) yang melibatkan Depot Tahanan Imigresen.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular