Sedar atau tidak, sudah hampir tiga dekad sejak filem animasi kegemaran ramai, Aladdin disiarkan pada umum pada tahun 1992 yang lalu. Namun pada tahun 2019, filem tersebut diberi nafas baru dan sekali lagi dilancarkan.

Hasilnya, pecah panggung. Antara yang menjadi perhatian sudah tentulah pemegang watak Puteri Jasmine, iaitu pelakon cantik rupawan berdarah campuran British-India, Naomi Scott yang berusia 26 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on


Naomi Scott/Instagram

Dilahir dan dibesarkan di London, ibu kepada pelakon berusia 26 tahun itu berasal dari Uganda dan berketurunan India Gujerat, sementara bapa Naomi pula berasal dari Britain. Itulah yang menjadi rahsia keunikan dan kecantikan Naomi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

Naomi Scott/Instagram

Sungguhpun memiliki paras rupa Asia Selatan, orang ramai masih beranggapan bahawa dirinya tidak mewakili wajah Puteri Jasmine yang sepatutnya sekaligus mengkritik Disney susulan pemilihan Naomi untuk watak Jasmine.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

Naomi Scott/Instagram

Walau bagaimanapun, ia langsung tidak mematahkan semangat Naomi. Pelakon itu membuktikan kepada produksi bahawa dia mampu melakukan gaya lakonan seperti yang diinginkan. Bahkan personaliti Naomi juga agak mirip dengan watak Puteri Jasmine.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

Naomi Scott/Instagram

Puteri Jasmine adalah satu-satunya puteri Disney yang tidak memakai skirt, begitu juga dengan Naomi yang tidak gemar memakainya dan lebih selesa memakai pakaian sukan. Walaupun pemilihannya dipersoalkan namun nasib menyebelahi dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

Naomi Scott/Instagram

Ramai penonton yang sukakan persembahannya dan mula menjadi peminat Naomi. Bahkan Naomi turut dipuji kerana berjaya membawa watak Puteri Jasmine dengan jayanya. Semenjak daripada itu, ramai yang mula ingin tahu tentang dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

Naomi Scott/Instagram

Untuk pengetahuan semua, beliau telah pun berkahwin di usia 21 tahun dengan seorang ahli sukan Britain, Jordan Spence yang 3 tahun lebih tua daripada dirinya. Mereka pertama kali bertemu ketika usia Naomi 15 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

Naomi Scott/Instagram

Semenjak itu, merpati dua sejoli berkenaan tidak pernah berenggang daripada antara satu sama lain sebelum mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Walaupun berkahwin pada usia yang agak muda, mereka hidup bahagia.

Walaupun pada hakikatnya Naomi telah menemui cinta hati di usia yang muda, perjalanan lakonannya tidak bermula dengan baik. Oleh kerana kedua ibu bapanya merupakan paderi, ini membuatkan banyak masa Naomi dihabiskan di gereja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

Naomi Scott/Instagram

Di sana, Naomi akan menyanyi dan minat terhadap nyanyian telah membuatkannya menyertai uji bakat untuk album Disney namun nasib tidak menyebelahinya. Beliau sering berhadapan dengan kegagalan.

Naomi Scott/Facebook

Naomi langsung tidak pernah berputus asa sehingga ke hari ini. Kini Naomi sudah boleh berbangga apabila beliau telah berjaya memegang watak Puteri Jasmine dengan begitu baik dan diminati ramai penonton ekoran bakatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

Naomi Scott/Instagram

Selain daripada itu, desas desus mengatakan bahawa beliau bakal bergandingan dengan pelakon Kristen Stewart untuk filem ‘Twillight Girl’. Betul atau tidak, sama-sama kita nantikan ya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular