Secara umumnya, China sudah lama mengawal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak sepuluh tahun yang lalu dan ia secara tidak langsung menjadikan situasi penularan COVID-19 lebih buruk.

Pada 12 Mei lalu, pihak Newsweek mendedahkan laporan CIA yang mendakwa bahawa China telah meyakinkan WHO pada Januari lalu untuk menangguhkan pemberitahuan sekaligus menyembunyikan situasi COVID-19.

Keadaan ini dipercayai bertujuan memberikan masa buat Parti Komunis China (PKC) untuk menyimpan bekalan perubatan yang dibeli di seluruh dunia. Sebelum WHO mengisytiharkan darurat, China pada 30 Januari telah mengimport lebih daripada 2 bilion topeng muka daripada luar negara.

Jumlah itu dikeluarkan daripada pihak Pentadbiran Umum Kastam China. Penundaan WHO memungkinkan pemerintah Xi Jinping berupaya mengawal pasaran topeng muka antarabangsa – menentukan harga dan membezakan antara ‘rakan dan musuh’ dalam ‘diplomasi topeng muka’.

Tetapi mengapa agaknya WHO tunduk kepada Xi Jinping? Walaupun perhatian dunia buat masa ini tertumpu kepada Ketua Pengarah WHO iaitu bekas menteri luar Ethiopia, Tedros Andhanom Ghebreyesus, namun percubaan China untuk mengawal organisasi itu telah pun bermula sebelum beliau dilantik pada tahun 2017.

Gambar Hiasan/Facebook

Pada tahun 2002, SARS telah melanda dunia dan sebelum wabak COVID-19 melanda dunia, PKC telah dituduh menangguhkan tindak balas dunia terhadap virus secara sengaja kerana keengganan untuk mengakui virus itu berasal dari China.

Pada tahun tahun 2006 pula, PKC berhadapan dengan tuduhan pertama, di mana mereka mengambil organ daripada tahanan pengamal Falun Gong secara paksa dan berita mengenainya telah diterbitkan oleh media antarabangsa utama.

Bekas ahli parlimen Kanada David Kilgour dan peguam hak asasi manusia David Matas membentuk suruhanjaya pertama yang menyiasat isu-isu tersebut. Imej China sekali lagi tercalar berikutan dengan dua tuduhan terhadap sistem kesihatannya.

PKC telah membahayakan dunia kerana tidak berkongsi maklumat mengenai SARS dan juga fakta mengenai mereka yang memajukan industri tranplantasi dengan mengambil organ daripada tahanan tanpa kerelaan. Kedua-dua isu tersebut menjadikan peranan WHO sangat penting dan berpotensi menjadi ‘bencana’ buat China.

China bertindak balas tepat pada masanya dan mengumpulkan gabungan negara-negara yang pada tahun 2007 memilih pegawai China, Margaret Chan, sebagai Setiausaha Agung WHO yang baru. Dia dipilih semula pada tahun 2012 untuk penggal lima tahun kedua.

Margaret Chan/Twitter

Margaret secara efektif telah menumpaskan sebarang usaha untuk membuat WHO menyiasat masalah pengambilan organ di China atau tanggungjawab China terhadap wabak SARS satu ketika dahulu.

Pada tahun 2016, Tsai Ing-wen yang dianggap oleh Beijing sebagai anti-PKC, terpilih sebagai presiden Taiwan. Margeret kemudian telah menghentikan penyertaan Taiwan sebagai pemerhati ke Majlis Kesihatan Sedunia (WHA) iaitu badan pembuat keputusan utama WHO.

Pada tahun-tahun sebelumnya, Margaret dan China bekerjasama untuk mengasingkan Taiwan daripada pertemuan WHA. Beberapa individu yang memilih Margaret juga masih mengekalkan jawatan mereka di WHO pada hari ini.

Pada tahun 2017, Tedros telah dipilih oleh gabungan di mana China memainkan peranan penting. Bukan hanya Ethiopia sahaja yang memiliki hubungan erat dengan China namun Tedros turut segera memperlihatkan ‘warna sebenarnya’ dengan melantik bekas diktator Zimbabwe, Robert Mugabe sebagai duta muhibah WHO.

Tedros Adhanom/Facebook

Zimbabwe adalah salah satu negara di dunia yang mempunyai hubungan paling erat dengan China tetapi menganggap Mugabe sebagai penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang mengerikan. Kemarahan antarabangsa akhirnya meyakinkan Tedros untuk menarik balik pelantikan kontroversinya.

Pujian Tedros terhadap China dan Presiden Xi Jinping secara konsisten pula dilihat berlebihan dan agak memalukan. Pada penghujung Januari 2020, Tedros dipercayai telah bertemu dengan Xi Jinping dan memuji pelaksanaan model China daripada aspek ‘keberkesanan’ dan ‘kepantasan’ serta ‘ketelusan’.

Sikap pro-China WHO mungkin kelihatan menjengkelkan tetapi ia tidak memberikan kesan ketara sebelum krisis COVID-19 ini berlaku. Pada 31 Disember, Taiwan telah memberitahu WHO tentang kemunculan pneumonia di Wuhan dan ianya disebabkan virus yang sama seperti SARS.

Pihak berkuasa di Taiwan bertindak segera atas maklumat ini. Pada malam 31 Disember yang sama, mereka mula memeriksa kesihatan pengunjung yang datang dari Wuhan. Langkah itulah yang menyelamatkan Taiwan daripada menjadi lebih buruk. WHO walau bagaimanapun, mengabaikan maklumat ini dengan alasan virus itu berasal dari Taiwan.

Namun WHO kini mendakwa China turut memberitahu pihaknya mengenai radang paru-paru luar biasa di Wuhan pada hari yang sama iaitu 31 Disember. Mungkin e-mel dari China muncul setelah Taiwan namun apa yang kita dapat lihat adalah WHO bertindak meremehkan amaran itu dan menganggapnya sebagai perkara kecil.

Gambar Hiasan/Twitter

Sepanjang bulan Januari 2020, Tedros secara konsisten menolak cadangan untuk mengisythiharkan COVID-19 sebagai satu situasi darurat kesihatan dunia. Pada 22 Januari, beliau masih berkata, “Jangan salah anggap, ia merupakan masalah terdesak di China namun tidak di peringkat antarabangsa, walaupun ia mungkin akan menjadi masalah global kelak”.

Beliau menunggu hingga 30 Januari untuk menyatakan COVID-19 sebagai krisis antarabangsa dengan berkata, “Dengan pengisytiharaan ini, kami tidak bermaksud untuk mencabar China. Sebaliknya WHO sepenuhnya mempercayai China bahawa ia berupaya untuk menghalang wabak ini”.

Menurut CIA, WHO tidak menangguhkan amaran itu ekoran ketidakcekapan dan sokongan terhadap propaganda politik PKC semata-mata. Pihak WHO menurut CIA dengan sengaja memberi masa untuk China mengumpulkan topeng muka kerana telah dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Seperti yang didedahkan oleh akhbar harian Perancis, Le Monde, ‘China telah mengatur lagu dan masa’ susulan daripada reaksi WHO terhadap epidemik berkenaan. Ianya cukup teruk memandangkan WHO bertindak sebagai buah mulut kepada rejim PKC.

Semasa krisis global dan merbahaya sebegini, kepatuhan WHO terhadap China dan PKC menyebabkan banyak nyawa terkorban. Kini sudah tiba masanya untuk masyarakat antarabangsa mengkaji peranan WHO dan hubungannya dengan China.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular