KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melancarkan aplikasi ‘Sabahtrace’ melalui Pusat Gerakan COVID-19 negeri Sabah pada 18 Mei.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan berkata, aplikasi ‘Sabahtrace’ akan digunakan oleh kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan pengusaha dalam sektor industri dan aktiviti perniagaan di Sabah.

Menurutnya, bagi menggunakan aplikasi ‘Sabahtrace’, pengguna hanya perlu mendaftar di laman sesawang https://sabahtrace.my untuk mendapatkan ‘QR ID Entry’ dan seterusnya mencetak ‘QR Code’.

sabahtrace/Paparan Skrin

“Pengguna seterusnya boleh mencetak ‘QR Code Sheet’ untuk dipamerkan di ruang pintu masuk utama premis masing-masing,” jelasnya.

“Para pekerja dan pelanggan hanya perlu menggunakan aplikasi ‘QR Code Reader’,” kata Datuk Safar Untong dalam pelancaran aplikasi tersebut.

Beliau berkata aplikasi ‘QR Code Reader’ bagi membolehkan imbasan ke atas ‘QR Code Premise’.

“Pengguna seterusnya boleh mendaftarkan nama dan telefon ke dalam sistem berkenaan,” katanya.

Dengan pengenalan aplikasi ini, penyimpanan maklumat pelanggan ketika berurusan termasuk suhu badan pengguna akan direkodkan ke dalam sistem secara automatik dengan selamat dalam usaha kerajaan negeri Sabah memerangi penularan wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19).

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular