Warga di China mendapati bahawa pihak YouTube telah memadamkan komen yang disertakan dengan beberapa frasa Cina, yang lazimnya digunakan untuk mengkritik Parti Komunis China (PKC) di laman sosial itu.

Komen yang mengandungi frasa tersebut difahamkan akan dihapuskan dalam beberapa saat sahaja, di mana ia merupakan hasil tindakan daripada algoritma YouTube.

Antara salah satu perkataan yang dilarang adalah ‘gonfei’ (共匪) yang dapat diterjemahkan sebagai penyamun komunis dan ia seolah-olah telah pun bermula semenjak daripada era perang saudara di China.

The Epoch Times

Selain itu, perkataan lain adalah ‘wumao’ (五毛) , yang membawa maksud lima puluh sen. Ia lazimnya digunakan untuk menggambarkan pasukan ‘troll’ di internet yang digunakan oleh PKC untuk menyebarkan propaganda.

Menurut sumber, setiap ‘troll’ yang dimuat naik di laman sosial sebelum ini akan dibayar dengan harga sekitar 50 sen. Pihak The Epoch Times telah cuba menguji frasa ini beberapa kali dengan menggunakan akaun YouTube yang berbeza.

Hasilnya, setiap komen yang mengandungi frasa tersebut akan terpadam dalam masa sekurang-kurangnya 20 saat. Dalam pada itu, pemilik YouTube iaitu Google walau bagaimanapun tidak memberi sebarang penjelasan.

Isu ini mula dikenal pasti pada 13 Mei lalu oleh seorang penulis blog dan pencipta kandungan di YouTube, Jennifer Zeng yang sebelum ini kerap berkongsi berita dan komen terhadap sebarang perkembangan di China.

@jenniferatntd/Twitter

Dia difahamkan telah menyiarkan satu video menunjukkan seorang pengguna yang membuat demonstrasi terhadap penghapusan komen frasa berkenaan dan isu ini turut diakui oleh Taiwan News yang turut cuba mengujinya.

Sebelum

Taiwan News

Selepas

Taiwan News

Google sebelum ini telah berulang kali diserang ekoran dakwaan bersekongkol dengan PKC. Sejak tahun 2018, Google telah bekerjasama dengan badan penyelidikan kecerdasan buatan (AI) terkemuka di Universiti Tsinghua, sebuah institusi akademik China yang berprestij yang juga menjalankan penyelidikan AI untuk tentera China.

Selain itu, Google juga menghadapi kritikan setelah diketahui mengembangkan aplikasi carian yang ditapis secara rahsia untuk pasaran di China sebagai sebahagian daripada projek yang dikenali sebagai ‘Dragonfly’.

Menurut maklumat orang dalam yang dibocorkan ke Intercept, aplikasi Google yang kontroversi ini dirancang untuk menghubungkan sejarah carian pengguna dengan nombor telefon mereka bagi memudahkan PKC untuk mensasarkan kepada golongan yang menentang mereka.

Perkara ini membuatkan para penggubal undang-undang, peguam bela hak asasi manusia dan bahkan beberapa pekerja Google sendiri untuk menentang projek tersebut dan ia kemudian difahamkan telah ditangguhkan.

Straits Times

Google difahamkan telah melaksanakan versi enjin carian yang ditapis di China sejak tahun 2006 hingga 2010 namun menghentikannya setelah serangan siber dari China berlaku dan ia mensasarkan berpuluh-puluh akaun e-mel aktivitis hak asasi manusia di China.

Menurut sumber, China adalah antara negara yang melanggar hak asasi manusia terburuk. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, PKC telah membunuh ratusan ribu tahanan untuk aktiviti penjualan organ.

Tahun lalu, sebuah tribunal bebas di London menyimpulkan bahawa pengambilan organ secara paksa daripada tahanan telah berlangsung selama beberapa tahun di China adalah pada skala yang signifikan dan ia masih berlangsung hingga ke hari ini.

PKC telah menjalankan sistem penapisan internet yang paling canggih di dunia, di mana puluhan ribu orang difahamkan telah diarahkan untuk menghapuskan komen atau catatan negatif terhadap arahan mereka.

Mereka mahu syarikat asing yang beroperasi di China untuk menapis topik yang dianggap sensitif seperti demokrasi, hak asasi manusia dan penganiayaan berterusan PKC terhadap pengamal Falun Gong, penganut Kristian, Uyghur, aktivis dan sebagainya.

BBC

Syarikat juga dipaksa untuk berkongsi data ataupun apa sahaja maklumat yang mereka ada di China dengan pihak PKC. Ketua Eksekutif Google, Sundar Pichai sebelumnya mengatakan bahawa syarikat itu telah melabur di China selama bertahun-tahun dan merancang untuk terus melakukannya.

Dalam pada itu, pentadbiran Trump pula memberi penekanan yang besar untuk menolak PKC terutamanya dalam sektor teknologi dan siber.

“Kita perlu memastikan bahawa syarikat kita tidak melakukan perjanjian yang memperkuat ketenteraan pesaing atau memperketatkan cengkaman penindasan rejim di beberapa bahagian negara itu”, kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo pada Januari lalu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular