Seperti yang semua sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah lama menyediakan perkhidmatan imunisasi kepada kanak-kanak melalui sekolah dalam usaha untuk mencegah penularan penyakit berjangkit.

NORBERT MILLAUER/DDP/AFP via Getty Images

Antara pemberian imunisasi yang disediakan oleh pihak KKM adalah imunisasi mencegah penyakit demam campak (measles), rubella, difteria dan kancing gigi (tetanus) untuk murid tahun 1, imunisasi human papillomavirus (HPV) bagi murid perempuan tingkatan 1 serta imunisasi ATT (dos tambahan vaksin tetanus) bagi murid tingkatan 3.

Bagaimanapun, berikutan penularan wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Malaysia kini, perkhidmatan ini tidak lagi dapat diberikan kepada murid bersasar di sekolah-sekolah seperti kebiasaannya. 

Justeru, KKM dalam satu kenyataannya memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan imunisasi kepada murid sekolah masih lagi diteruskan dalam tempoh PKPB dengan cara para ibu bapa perlu membawa anak-anak ke fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Menurut KKM, pada tahun 2020, keutamaan pemberian imunisasi diberikan kepada murid tahun 1.

Sehubungan itu, para ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk menjalankan tugas masing-masing dengan membawa anak-anak untuk mendapatkan imunisasi apabila menerima jadual temujanji perkhidmatan imunisasi melalui pihak sekolah.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular