Amerika Syarikat menghantar tiga kapal tentera laut mengadakan rondaan berhampiran lokasi operasi cari gali minyak dan gas di luar pesisir pantai Malaysia sejak beberapa hari kebelakangan, bukti sokongan terhadap negara Asia Tenggara yang eksplorasi luar pesisirnya di Laut China Selatan kini menghadapi tekanan dari Komunis China.

Kapal tempur pesisir USS Gabrielle Giffords pada Selasa,12 Mei belayar berdekatan kapal cari gali minyak West Capella, yang mengikat kontrak dengan syarikat minyak milik Malaysia, Petronas setelah dua kapal tentera laut Amerika Syarikat melakukan rondaan yang sama pada minggu lalu. Tentera Laut Amerika Syarikat mengarahkan perlaksanaan kehadiran operasi tersebut.

YouTube/Paparan Skrin

Pegawai Amerika Syarikat menuduh Komunis China memaksa negara-negara yang lebih kecil daripada membangunkan sumber luar pesisir. Pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat mengatakan bahawa operasi tersebut menunjukkan komitmen negara itu terhadap rantau Asia Tenggara dan kemampuan Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Aktiviti dipergiat tersebut merangkumi latihan di Laut China Selatan pada bulan lalu yang melibatkan tiga kapal perang Amerika Syarikat dan sebuah kapal tentera laut Australia. 

Ia dilaksanakan ketika wabak koronavirus telah menular di atas kapal induk USS Theodore Roosevelt, yang telah mengemukakan persoalan mengenai kesediaan tentera Amerika Syarikat, kata Collin Koh, seorang penyelidik di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam di Singapura.

Ketegangan terus meningkat pada pertengahan April ketika sebuah kapal peninjau minyak dan gas China tiba berdekatan lokasi kapal West Capella yang diizinkan oleh Malaysia untuk beroperasi. 

Bahkan sebelum itu, kapal pengawal pantai China telah melakukan rondaan di sekitar kapal cari gali minyak itu, menunjukkan kehadiran menekan yang menakutkan, demikian menurut analisis jejak data kapal dan satelit oleh Asia Maritime Transparency Initiative di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Washington.

YouTube/Paparan Skrin

Kapal pengawal pantai China dan kapal militia-penangkap ikan mengawal kapal peninjau China, yang pada satu ketika berada sehampir 8.5 batu nautika dari West Capella, kata analisis itu.

Kapal tinjauan dikenali Haiyang Dizhi 8, tidak asing bagi pegawai keselamatan di wilayah itu. Tahun lalu, ia berada di tengah-tengah pertikaian maritim selama sebulan dengan Vietnam dalam projek penggerudian minyak luar pesisir di bawah kendalian Hanoi dan Beijing mahu ia dihentikan.

Komunis China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan menentang kesemua operasi cari gali minyak dan gas yang tidak melibatkan Beijing. Tribunal antarabangsa memutuskan pada tahun 2016 bahawa tuntutan bertindihnya dengan tuntutan Vietnam, Malaysia, Brunei, Taiwan dan Filipina tidak memiliki asas undang-undang yang kukuh dan Beijing dengan angkuh telah menolak keputusan itu.

Kementerian Luar China membuat kenyataan pada 13 Mei bahawa kapal penyelidikannya telah ‘melakukan aktiviti yang normal di kawasan lautan yang dikuasai oleh China’. Komunis China mendesak Amerika Syarikat yang disebutnya sebagai ‘negara relevan di luar kawasan’ supaya tidak mengambil tindakan yang akan merumitkan lagi situasi.

Google Map

West Capella meninggalkan kawasan tersebut Selasa lalu setelah menyelesaikan tugasnya, menurut Seadrill Partners LLC, syarikat penggerudian cari gali luar pesisir pantai berpangkalan di Bermuda. Kapal peninjau China tetap berada di kawasan itu, data dari penyedia perisikan maritim MarineTraffic melaporkan.

Negara Asia Tenggara seperti Vietnam dan Malaysia berpendapat kehadiran kapal-kapal Komunis China yang hampir dengan projek tenaga mereka menimbulkan risiko pertembungan secara tidak sengaja dan meningkatkan ketegangan dengan Beijing yang mempunyai keupayaan besar ketenteraan. Ini juga membuat syarikat minyak dan gas berasa bimbang dengan aktiviti perniagaan mereka yang akan menjadi titik tumpuan pertikaian antarabangsa yang berpotensi, demikian kata para pegawai dan pakar.

Pada akhirnya, operasi itu bertujuan untuk mengerah negara-negara Asia Tenggara supaya membangunkan sumber luar pesisir bersama dengan Komunis China, seperti mana kini Beijing sedang membuat perjanjian dengan Filipina.

Kebanyakan pegawai di rantau itu juga berwaspada terhadap operasi tentera laut Amerika Syarikat yang menurut mereka membantu memeriksa kehadiran tentera Komunis China, yang pada masa sama turut mampu mencetuskan pertempuran di Laut China Selatan sehingga mengheret negara-negara kecil terhimpit dalam pertikaian dan persaingan yang lebih luas antara kedua kuasa besar itu.

Pegawai keselamatan Asia Tenggara telah lama menimbulkan persoalan mengenai kebolehpercayaan terhadap Amerika Syarikat.

YouTube/Paparan Skrin

Malaysia tidak memberikan komen mengenai insiden tersebut tetapi menyatakan pada bulan lalu bahawa pihak mereka tegas dalam komitmennya untuk melindungi kedaulatan, kepentingan dan hak di Laut China Selatan. Petronas juga tidak memberikan apa-apa komen setakat ini.

Episod ini telah menambah ketegangan antara Amerika Syarikat dan Komunis China, yang terus meningkat ekoran pandemik Virus Parti Komunis China (COVID-19). Komander Armada Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana John Aquilino, berkata pada minggu lalu, “Parti Komunis China mesti mengakhiri corak membuli Asia Tenggara, keluar daripada pembangunan minyak dan gas serta perikanan luar pesisir.”

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo menuduh Beijing telah ‘mengeksploitasi fokus dunia dengan krisis COVID-19 bagi meneruskan tingkah laku provokatifnya’ di Laut China Selatan. 

Kementerian Luar China menjawab, “China dengan tegas akan melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, tidak peduli apa, tidak peduli bila.”

Komunis China telah memperluas penguasaannya di Laut China Selatan sejak beberapa tahun terakhir. Armada kapal pengawal pantai dan militia-perikanan yang besar meronda sehingga ke kawasan yang jauh dari pantai negara itu dan turut disokong oleh pulau buatan.

YouTube/Paparan Skrin

Pada bulan Januari, Komunis China terlibat dalam pertempuran dengan pasukan tentera laut Indonesia di hujung selatan Laut China Selatan. Kapal nelayan Komunis China telah mengerumuni perairan di sekitar pulau yang dikuasai Filipina.

Tahun lalu, kapal peninjau China Haiyang Dizhi 8 beroperasi selama berbulan-bulan di luar pesisir pantai milik Vietnam. Kapal pengawal pantai China meminta pasukan Vietnam menghentikan operasi penggerudian di blok luar pesisir yang dilesenkan oleh Hanoi kepada syarikat milik kerajaan Rusia, Rosneft. 

Kebuntuan tersebut berakhir hanya ketika misi penggerudian telah selesai dan kapal tersebut meninggalkan kawasan yang menjadi pertikaian.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular