TAIWAN- Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF) telah menerbitkan Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2020 pada April lalu. Dalam laporan tersebut China masih disenaraikan sebagai negara yang menjadi perhatian khusus.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa pihak berkuasa Parti Komunis China (PKC) masih terus melakukan pengambilan organ secara paksa daripada golongan pengamal Falun Gong.

Menurut laporan tersebut, sekali lagi dalam 21 tahun berturut-turut, China disenaraikan sebagai negara yang menjadi perhatian khusus yang secara serius melanggar hak kebebasan beragama.

Tony Perkins, Ketua Majlis Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika: “Terdapat banyak bukti bahawa PKC secara sistematik menginjak-injak hak asasi manusia dan penganiayaan terhadap kebebasan beragama adalah tujuan utama.”

Tony Perkins/Paparan Skrin/YouTube

Laporan itu menunjukkan bahawa pada tahun 2019, kebebasan beragama China terus menurun. Kerajaan China telah mengawal negara dengan melaksanakan pengawasan berteknologi tinggi yang menggunakan pengecaman wajah dan kecerdasan buatan (AI) untuk memantau kumpulan agama.

Tony Perkins, Ketua Majlis Kebebasan Beragama Amerika: “Kami melihat Falun Gong, kumpulan minoriti agama yang menerima tekanan di China dan beberapa organ diambil secara paksa. Saya telah melihat bukti yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa perkara ini telah menjadi sebahagian besar daripada perniagaan di China iaitu dengan mengambil organ secara paksa daripada mereka yang terdiri daripada tahanan politik dan golongan agama.”

Laporan tersebut secara khusus menyebutkan bahawa pemerintah China melemahkan hak kebebasan beragama antarabangsa dengan memberi tekanan kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara asing dengan mengeksport teknologi pengawasan dan sistem latihan ke lebih daripada 100 buah negara.

Menurut Perkins lagi, teknologi tersebut sebelum ini dikeluarkan oleh syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat namun sekarang China juga melakukan eksport terhadap teknologi berkenaan.

Melalui laporan itu juga, sejumlah cadangan telah dibuat kepada kerajaan Amerika Syarikat termasuk dengan melakukan sekatan ke atas agensi kerajaan dan pegawai kerajaan China yang melakukan pelanggaran terhadap hak asasi beragama.

Sekatan boleh dibuat melalui pelbagai cara seperti membekukan aset persendirian atau menghalang mereka yang terlibat daripada masuk ke negara Amerika Syarikat. Antara mereka yang terlibat ialah Chen Guoguo, setiausaha Jawatankuasa Parti Wilayah Autonomi Xinjiang dan Zhu Hailun, bekas setiausaha Jawatankuasa Politik dan Undang-Undang.

Untuk mengatasi pengaruh PKC, pemerintah AS telah meningkatkan usaha diplomatiknya. Pada bulan Januari tahun ini, Jabatan Negara AS telah melantik Mark Lambert sebagai utusan khas untuk menentang “pengaruh jahat PKC terhadap PBB.”

(Wartawan NTD Wang Kaidi dari Washington, AS)

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran Kempen

Video Popular