KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini baru mengumumkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan hampir semua perniagaan beroperasi sepenuhnya.

Melalui perutusan yang dibuat secara langsung pada 1 Mei lalu beliau memaklukan bahawa kesan PKP yang dijalankan sejak 18 Mac lalu turut memberi kesan kepada pendapatan kerajaan. Negara dihadapi mengalami kerugian sekitar RM 2.4 bilion setiap hari sepanjang PKP dilaksanakan. Sehingga kini jumlah kerugian yang dianggarkan adalah sekitar RM63 bilion.

change.org

Tambah beliau lagi, jika PKP berterusan untuk sebulan lagi, Malaysia mungkin akan mengalami kerugian sekitar RM35 bilion lagi menjadikan jumlah keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM98 bilion.

Walau bagaimanapun, pengumuman tersebut menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ramai yang bersetuju dengan pekeliling terbaru itu namun ramai juga menentang. Di media sosial seperti Twitter, Instagram mahupun Facebook ramai yang terlihat kurang setuju dengan pengumuman tersebut. Rata-rata begitu bimbang dengan wabak  Virus Parti Komunis China (COVID-19) yang masih belum terputus rantaiannya di negara itu.

Rahman Roslan/Getty Images

Ekoran daripada itu ada yang mula melancarkan sebuah petisyen untuk menuntut agar PKPB yang bakal berlaku pada 4 Mei ini dibatalkan. Menerusi laman web change.org, sebuah petisyen telah dilancarkan oleh ‘Rakyat Malaysia Prihatin’ yang menggesa kerajaan meneruskan PKP seperti sebelum ini.

Berikut adalah isi kandungan yang terkandung dalam petisyen tersebut:

change.org

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular