Pergerakan yang terbatas di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara tidak langsung menyebabkan ramai juga di antara kita yang tidak dapat keluar bekerja dan ada juga individu yang hilang punca pendapatan.

Bukan hanya kita bahkan ia turut dialami oleh pekerja asing di negara ini. Tidak seperti kita yang menerima wang bantuan daripada kerajaan, nasib pekerja asing pada ketika ini pula tidak dapat dipastikan.

Bersimpati dengan keadaan ini, seorang kanak-kanak yang juga cef cilik yang popular di internet, Danish Harraz baru-baru ini berkongsi pengalamannya membantu seorang pekerja asing bernama Raheem di laman Twitter.

Menurut Danish, bapanya meminta bantuan Raheem untuk melakukan sesuatu dan pada ketika itu, mereka agak terkejut kerana melihat tubuhnya yang kurus. Apabila ditanya, Raheem sebenarnya terpaksa mengikat perut.

Raheem sebelum ini sudah biasa bekerja dengan keluarga Danish dan sering kali membuat pelbagai jenis kerja di perumahannya. Tambah Danish, Raheem dan rakan kerjanya yang lain sudah dua bulan tidak menerima gaji.

@Danish_Harraz/Twitter

Memahami kesusahan Raheem dan rakannya lebih-lebih lagi ketika bulan puasa ini, Danish memutuskan untuk memasak mi goreng ayam dan meminta bapanya untuk menghantar hidangan tersebut kepada mereka.

Raheem dan beberapa rakannya difahamkan tinggal bersebelahan dengan rumah Danish yang disediakan oleh pihak pemaju sebelum berpindah ke rumah kongsi. Di sana mereka ditugaskan untuk melakukan kerja penyelenggaraan.

@Danish_Harraz/Twitter

“Abang Raheem memang baik. Dia tak suka minta upah tapi kami akan tetap beri dia duit. Bila masak lebih, Danish akan hantar ke rumahnya untuk dia dan kawan-kawannya kongsi makan. Kami semua anggap dia seperti keluarga”.

Baiknya hati Danish! Walaupun masih kecil, Danish ternyata peka dengan kesusahan yang dialami orang lain tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Danish juga sempat berjanji untuk menghantarkan bekalan makanan agar mereka dapat masak seperti biasa.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular