RAIPUR- Ketika satu dunia ketika ini sibuk berusaha untuk membendung wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19), pasangan dari India ini pula mengambil kesempatan untuk menamakan anak-anak mereka sempena nama virus tersebut.

Menurut The New Indian Express, suami, Vinay Verma, terpaksa mengejarkan isterinya, Preeti, ke sebuah hospital  kerajaan, di mana dia melahirkan sepasang kembar, seorang lelaki dan perempuan.

Youtube | TNIE Videos

Kejadian mendebarkan itu berlaku pada tengah malam. Dengan menaiki motosikal, suaminya terpaksa mengejarkannya ke hospital memandangkan mereka tidak berjaya mendapatkan kenderaan lain.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa berhenti beberapa kali untuk melakukan pemeriksaan polis di sepanjang perjalanan ke hospital memandangkan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) telah dikuatkuasa ekoran Virus PKC.

Youtube | TNIE Videos

Kedua-dua ibu dan bayi yang baru lahir walau bagaimanapun berada dalam keadaan baik. Pasangan kembar itu dilahirkan dengan berat 2.9kg dan 2.7kg. Preeti dibantu oleh sekumpulan doktor ketika bersalin dan perlu dibedah kerana mengalami komplikasi bersalin.

Youtube | TNIE Videos

Ketika ditanya mengapa mereka menamakan anak-anak mereka sempena virus itu, Preeti memberitahu bahawa banyak kebimbangan muncul akibat pandemik ini. Jadi, mereka mahukan kesemua rasa takut dan bimbang akan hilang apabila mendengar perkataan itu serta mereka juga mahu mengabadikan momen tersebut supaya boleh terus diingati. Oleh itu, Preeti dan suaminya mengambil keputusan untuk menamakan anak lelaki mereka dengan nama Covid dan anak perempuan dengan nama Corona.

Walau bagaimanapun ibu bapa tersebut turut memberitahu bahawa mereka mungkin akan menukar nama kembar mereka kelak.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular