Pasti ramai antara kita yang mula bosan kerana terpaksa duduk di rumah lebih-lebih apabila kerajaan mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang seharusnya berakhirnya pada 31 Mac diteruskan sehingga 14 April.

Namun, demi menentang COVID-19 suka atau tidak, rakyat tetap menurut perintah. Dan memandangkan terlalu banyak masa yang diluangkan di rumah, ramai antara kita yang mula melakukan pelbagai hobi baru yang selama ini tidak pernah mereka lakukan.

Ada yang mula memasak dan mencuba resipi baru. Ada juga yang meluangkan masa dengan melakukan pelbagai cabaran sama ada cabaran senaman atau ‘workout’ di rumah, atau cabaran menghasilkan pelbagai video.

Ketika ini barulah kita tahu bahawa orang Malaysia sebenarnya berbakat dalam pelbagai bidang!

Tidak hanya itu, ramai artis baik antarabangsa dan tempatan juga mengambil kesempatan ini untuk menghiburkan peminat mereka.

Disebabkan semua harus duduk di rumah, jadi mereka menggunakan media sosial untuk melakukan ‘konsert’ secara ‘live’.

Contohnya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang lebih mesra dipanggil ‘Tokti’ juga turut serta menghiburkan peminat-peminatnya melalui Instagram miliknya secara ‘live’ khas buat mereka yang di rumah.

@IniAlannn/Twitter

Video tersebut kemudian telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter,  @IniAlannn dan telah ditonton lebih daripada 600 ribu kali di media sosial itu.

@IniAlannn/Twitter

Tidak cukup dengan itu, pada 30 Mac lalu Datuk Siti sekali lagi melakukan ‘konsert’ melalui Instagram miliknya dengan menyanyikan lagu Seribu Kemanisan. Jom ‘layan’ video ini:

@IniAlannn/Twitter

Ramai yang seolah-olah mengimbau memori ketika mendengar lagu tersebut. Apa yang penting, tidak kira di mana, suara Tokti tetap terbaik!

@IniAlannn/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular