Krisis penularan wabak Virus PKC (COVID-19) pada ketika ini menjadi waktu terbaik buat mereka yang berhati nurani untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Kita harus bersyukur kerana pada saat getir ini, ada sahaja golongan korporat, usahawan, orang persendirian mahupun rakyat biasa yang prihatin membantu antara satu sama lain.

Dalam pada kita duduk di rumah ketika sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung, pernahkah kita terfikir akan nasib yang menimpa golongan gelandangan di luar sana? Ke mana agaknya arah hendak mereka tuju saat ini?

Menyedari akan hakikat ini, sekumpulan penghantar makanan daripada Food Panda mengambil keputusan untuk bersama-sama mengedarkan makanan secara percuma kepada golongan gelandangan di sekitar Ipoh.

Lengkap berpakaian uniform, mereka ini dilihat mengedarkan sejumlah makanan dan minuman kepada golongan gelandangan yang tidur di jalanan

Lengkap berpakaian uniform, wira Food Panda ini dilihat mengedarkan sejumlah makanan dan minuman dengan harapan agar pemberian itu dapat menghilangkan lapar dan dahaga yang dialami oleh golongan gelandangan di jalanan.

Menurut sumber, penghantar Food Panda yang terlibat ini difahamkan sudah lebih empat hari menjalankan tugasan murni ini di sana. Ianya cukup membanggakan! Terima kasih di atas keprihatinan dan kesanggupan membantu golongan ini.

Semoga tindakan murni daripada mereka ini dapat dijadikan inspirasi buat kita dan semoga wira Food Panda kita ini dikurniakan rezeki berlipat kali ganda hendaknya. Syabas anak muda!

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular