- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Kisah Louis si kucing Siam yang gemar menunggang kuda. Melucukan

Seekor kucing baka Siam yang pada awalnya hanya sekadar menemani tuannya ke kandang kuda kini menjadikan salah seekor kuda di sana sebagai haiwan tunggangannya!

Kucing yang diberi nama Louis ini mula dipelihara sejak kecil oleh Emma Massingale [1] yang merupakan seorang pelatih kuda profesional. Menetap di utara Devon, England, Emma dan Louis sering kali meluangkan masa di kandang kuda itu.

“Pada awalnya Louis hanya mengekori saya ke kandang dan akan berjalan di sepanjang dinding atau pagar sambil menggeselkan kepalanya di kuda-kuda ini. Tidak lama kemudian, Louis mula melompat ke atas badan kuda dan duduk diam. Malah, Louis juga akan melompat dari seekor kuda ke kuda yang lain demi menuju ke sesuatu tempat”.

Lebih mengagumkan lagi, kehadiran Louis di kandang ini disambut baik oleh semua kuda yang berada di sana. Salah seekor rakan karib Louis adalah merupakan seekor kuda jantan yang bernama Comet.

Adakalanya pasangan kucing dan kuda ini akan bersiar-siar di kawasan hutan berdekatan sambil menyeberangi jambatan dan anak sungai. Louis ternyata sangat gemar bersiar-siar dan menikmati hirupan udara yang segar sambil menunggang Comet.

Peristiwa ini kelihatan seperti kisah-kisah putera raja dan kesatrianya yang sedang bersiar-siar di dalam hutan. “Louis dan Comet adalah pasangan yang serasi. Jika Louis ingin berhenti, Louis akan menggigit ekor Comet. Ianya sangat melucukan untuk dilihat”.

Louis sememangnya seekor kucing yang sangat unik dan keletahnya yang gemar menunggang kuda pasti membuatkan anda terhibur melihatnya.

loading...