Pada waktu dunia dilanda wabak berbahaya dan membawa maut seperti COVID-19, pihak perubatan merupakan antara petugas barisan hadapan yang sanggup merisikokan diri sendiri demi menyelamatkan orang awam.

Tidak seperti kita yang hanya perlu duduk berehat di rumah, mereka sebaliknya berusaha tanpa mengira waktu bagi memastikan pesakit menerima rawatan. Kekuatan dan semangat mereka itu sememangnya menjadi inspirasi buat semua.

Maka wajarlah petugas perubatan ini menerima penghargaan daripada orang awam. Di Basingstoke, United Kingdom, seorang anggota paramedik telah berhadapan dengan satu senario yang sangat menyentuh hatinya.

Ali Porter/Facebook

Pada ketika itu, Tayla Porter sebenarnya sudah bersedia untuk meninggalkan rumahnya menuju ke kereta. Mengharukan apabila penduduk di kawasan sekitar turut keluar bagi menzahirkan rasa terima kasih atas pengorbanannya.

Walaupun hanya daripada rumah masing-masing, jiran-jiran Tayla memberikan tepukan penghargaan buatnya. Pada malam itu, Tayla dijadualkan untuk bertugas maka coklat Cadbury diberikan padanya agar kekal bertenaga ketika bertugas.

Ali Porter/Facebook

Menerima penghargaan sebegini ternyata menyentuh hati Tayla. Sebaik sahaja Tayla mendengar tepukan daripada jirannya, dia tidak dapat menahan diri daripada mengalirkan air mata.

Sememangnya Tayla merupakan wira mereka. Jom kita saksikan video penuh di bawah :

Ali Porter/Facebook

Terima kasih Tayla dan juga buat semua petugas perubatan yang berkorban masa dan tenaga untuk kita semua. Apa yang kita boleh lakukan untuk mereka adalah ikuti arahan pihak berkuasa dan jangan keluar daripada rumah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular