SIBU – Lima lelaki telah ditahan oleh pihak polis di sebuah rumah gara-gara bermain mahjong secara sembunyi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara.

Menurut laporan, sewaktu kelima-lima lelaki ini diserbu di dalam rumah salah seorang daripada mereka, kesemua didapati tidak memakai topeng muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial antara satu sama lain.

Gambar Hiasan | Unsplash – Ellicia

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Mac itu, Asisten Komisioner Sibu, Stanley Jonathan Ringgit memaklumkan bahawa pihak polis telah menerima beberapa laporan mengenai sekumpulan lelaki yang berjudi secara haram sewaktu tempoh PKP berjalan. Susulan laporan itu, pihak polis mula bertindak untuk menahan kelima-lima lelaki yang didapati mengingkari arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah.

Sehingga kini (31 Mac 2020), terdapat 43 kematian di Malaysia akibat virus Parti Komunis China (COVID-19) yang sehingga kini masih belum ada tanda-tanda reda.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular