Bukan semua rakyat Malaysia akur akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Buktinya, ada sahaja individu yang ditangkap oleh pihak polis saban hari ekoran telah melanggar arahan PKP. Degil betul mereka ini, bukan?

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 828 orang telah ditahan setakat ini. Nampaknya sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan angka ini menjadi semakin bertambah.

Baru-baru ini, satu rakaman video telah disiarkan kepada orang ramai, di mana ia menunjukkan sekumpulan individu telah dikenakan hukuman berupa tekan tubi dipercayai kerana tidak mengendahkan PKP.

Nanyang Siang Pau/Facebook

Menurut sumber, video berkenaan sebenarnya dirakamkan oleh bekas Ketua Pengarang kumpulan Nanyang, Datuk Hoong Soon Kean. Individu-individu tersebut sebelumnya dilihat berkumpul dan bernyanyi di taman yang terletak di Kepong Baru.

Nanyang Siang Pau/Facebook

Kejadian tersebut difahamkan berlaku pada hari Ahad lalu (29 Mac) jam 3 petang. Walaupun hari masih terang benderang, namun mereka tersebut langsung tidak peduli akan pelaksanaan PKP sehinggalah pihak polis muncul.

Pihak polis kemudiannya memutuskan untuk memberi hukuman dengan meminta mereka melakukan tekan tubi dan juga ketuk ketampi – hukuman klasik yang memerlukan individu mencubit telinga mereka sambil melakukan ‘squat’.

Nanyang Siang Pau/Facebook

Setelah selesai melakukan hukuman, individu-individu tersebut kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing oleh pihak polis terbabit. Video berdurasi 46 saat tersebut dimuat naik di laman Facebook.

Sehingga kini, ia telah menerima lebih 12,000 reaksi dan juga pelbagai komen daripada warga Facebook. Antaranya adalah :

Ada betulnya. Mungkin ‘kekuatan’ mereka ini lebih berguna jika dihantar menjadi pekerja barisan hadapan?

Nanyang Siang Pau/Facebook

Ya, ia merupakan hukuman yang baik kerana dapat membina dan menguatkan otot

Nanyang Siang Pau/Facebook

Betul juga.. Esoknya pasti mereka tidak boleh keluar daripada rumah kerana sakit-sakit badan!

Nanyang Siang Pau/Facebook

Tindakan ini dilihat sangat wajar dan mungkin boleh diperluaskan lagi agar menjadi pengajaran berguna buat golongan yang degil sebegini.

Buat anda di luar sana, sama-sama kita beri kerjasama dengan kekal berada di rumah dan segera laporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak individu sebegini melanggar arahan pihak berkuasa ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular