Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang bermula 1 April hingga 14 April ini akan lebih diperketatkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi premis perniagaan dan stesen minyak akan dihadkan berbanding fasa pertama yang bermula 18 Mac lalu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bermesyuarat menetapkan waktu operasi pasaraya, hypermarket dan premis yang menjual makanan harian dibuka antara pukul 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

YouTube/Paparan Skrin

“Restoran, gerai makanan, walau dibenar beroperasi untuk beli bungkus, waktunya juga dari 8 pagi hingga 8 malam,” kata Datuk Seri Ismail Sabri.

“Stesen minyak juga dihadkan operasi dari 8 pagi hingga 8 malam, kita selaraskan semuanya,” tambahnya.

“Kita perlu mengelak daripada terus berhubungan dengan orang ramai, dalam usaha mengurangkan peluang penyebaran virus itu,” katanya.

Manakala waktu operasi pengangkutan awam pula adalah sama seperti PKP Fasa Pertama, iaitu bermula 6 pagi sehingga 10 malam dan 5 petang sehingga 10 malam.

Ini termasuk bas henti-henti, bas percuma seperti GoKL dan Smart Selangor, semua bas perantara, perkhidmatan rel Aliran Transit Ringan (LRT), monorel dan Transit Aliran Massa (MRT), Express Rail Link (ERL) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

@MKNJPM/Twitter

Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan e-hailing masih boleh meneruskan operasi seperti biasa bermula 6 pagi hingga 10 malam.

Mengenai kenderaan komersil yang melibatkan barangan keperluan dan makanan, mereka masih dibenar beroperasi secara normal namun digalakkan bergerak pada sebelah malam bermula 7 malam hingga 7 pagi.

“Ianya digalakkan, bukan arahan kerana didapati ada kenderaan perlu jangka masa panjang untuk operasi,” kata Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular