Malaysia kini bergerak ke Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan satu lagi sekatan baru diperkenalkan.

Bermula 1 April 2020, kerajaan akan mula menguatkuasakan pelaksanaan satu orang, satu kenderaan dalam sebuah kenderaan persendirian.

Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, “Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.” 

@jpmgov_/Twitter

“PKP Fasa 2 akan bermula pada 1 April. Kami akan meningkatkan dari segi sekatan-sekatan pergerakan ini. Tahap kedua sudah tentu berbeza dengan cara kita lakukan pada tahap pertama,” katanya.

“Saya ingin tegaskan di bawah PKP Fasa Kedua, pergerakan masih lagi dibenarkan. Akan tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, apabila menggunakan kenderaan peribadi, anda hanya dibenarkan membeli barangan makanan dan barangan keperluan lain tetapi ia akan terhad kepada satu orang dalam satu kenderaan,” tegas beliau dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya.

Mengenai operasi kenderaan komersial, Datuk Seri Ismail Sabri berkata kenderaan itu digalakkan beroperasi dari jam 7 malam hingga 7 pagi. 

Twitter/Gambar Hiasan

Sebelum lanjutan PKP diumumkan, Majlis Keselamatan Negara telah memberi mandat hanya ketua keluarga atau wakil dibenarkan keluar membeli barangan runcit dan keperluan.

Pada 21 Mac, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof berkata garis panduan yang dikeluarkan bahawa pihak polis boleh membenarkan penumpang tambahan dalam kenderaan atas alasan kukuh yang sah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan jumlah keseluruhan jangkitan positif COVID-19 sebanyak 2,626 kes dengan 37 kematian setakat 30 Mac 2020.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular