Parti Komunis China menyembunyikan wabak maut radang paru-paru Wuhan, menyebabkan virus Parti Komunis China (PKC) atau COVID-19 tersebar ke seluruh dunia. 

Untuk memperbaiki imejnya sebagai pencetus pandemik global, Parti Komunis China telah melancarkan bantuan diplomasi sokongan bekalan perubatan juga menghantar pasukan perubatan untuk membantu negara-negara lain yang terjejas.

Bagaimanapun, disebabkan pendedahan beberapa negara Eropah yang mengadu kualiti bekalan topeng muka dan kit ujian yang sangat rendah, serta percubaan bermotif politik yang jelas, nampaknya usaha diplomatik Parti Komunis China ini mula diragui ketulusannya oleh dunia.

600,000 topeng muka buatan China berkualiti lebih rendah ditarik balik.

Miguel Medina via Getty Images

Pada 28 Mac, Menteri Kesihatan Belanda berkata Belanda secara rasmi menarik balik 600,000 topeng muka buatan China kerana kesemuanya tidak memenuhi standard kualiti dan piawaian yang ditetapkan oleh negara itu.

Media Belanda ‘NOS’ melaporkan sejumlah 1.3 juta topeng muka yang diimport oleh Belanda dari China pada minggu lalu mempunyai sijil KN95 (standard pensijilan China, yang sama dengan pelindungan gred N95). Walau bagaimanapun, kesemua topeng muka yang dihasilkan tidak memenuhi piawaian semasa proses pemeriksaan kualiti, menyebabkan pengedaran ke hospital-hospital yang memerlukan terpaksa dihentikan dan pemulihan telah dimulakan.

China menghasilkan separuh daripada bekalan topeng muka global. Sehingga 29 Februari, media rasmi Parti Komunis China mendakwa pengeluaran harian topeng muka buatan negara China mencapai 116 juta, iaitu 12 kali ganda pada 1 Februari.

Dunia luar kini mulai mempercayai bahawa Parti Komunis China cuba mengubah imejnya daripada menjadi negara pengeksport virus sehingga menjadi ‘pandemik global’ kepada negara wira ‘penyelamat global’, dengan mengadakan senario wayang ‘diplomasi topeng’. Tanpa dijangka, ia telah menjadi tamparan ke muka sendiri melalui bekalan topeng muka ‘buatan China’.

Kadar ketepatan kit ujian buatan China berkualiti rendah adalah hanya kira-kira 20%.

Facebook/Paparan Skrin

Sebagai tambahan kepada penghasilan segera topeng muka berkualiti rendah, kit ujian segera pengesanan jangkitan virus PKC buatan China juga mendedahkan skandal dengan kadar ketepatan hanya sekitar 20 hingga 30%.

Pada 27 Mac, seorang pegawai Turki memberitahu media bebas ‘Middle East Eye’ bahawa kadar ketepatan kit ujian buatan China untuk pengesanan segera virus PKC hanyalah antara 30% hingga 35%, menyebabkan kerajaan Turki terpaksa mengalah dan menolak bulat-bulat penggunaan kit ujian segera itu.

Pada 25 Mac, kerajaan Sepanyol mendedahkan bahawa kadar ketepatan 5.5 juta kit pengesanan segera yang dibeli dari China adalah terlalu rendah, dengan kadar pengesanan virus yang betul hanya 30%, dan ia diputuskan untuk dikembalikan. 

Menurut keperluan kit pengesanan virus segera yang berkualiti, ketepatan pengesanan agen semula pada kadar segera mestilah antara 70% hingga 80%.

Pada 18 Mac, pasukan khas tentera Republik Czech mengembalikan 150,000 bekalan kit pengesanan segera virus PKC dari Shenzhen, China dan menghantar balik kesemua item tersebut yang lokasi pengedarannya dikhususkan untuk anggota tentera, polis, dan hospital besar.

Menurut pegawai kesihatan Czech Pavla Svrčinová yang mendedahkan, selepas menggunakan kit itu selama lima hari berturut-turut, Republik Czech mendapati bahawa kadar kesilapan dalam pengesanan jangkitan adalah setinggi 80%, sehingga mereka terpaksa bekerja lebih keras mengambil lebih banyak sampel pesakit untuk semakan lebih mendalam.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar Parti Komunis China Luo Chaohui mengumumkan pada 26 Mac, Parti Komunis China telah menyediakan bantuan kecemasan dan sokongan kepada 83 negara termasuk bekalan alatan perubatan seperti kotak ujian dan topeng muka.

Tetapi seorang pengulas sebuah program televisyen di Sepanyol berkata PKC membawa virus itu terlebih dahulu, kemudian menjual ubat-ubatan yang mengandungi virus, dan sekali lagi negara komunis itu menipu dunia.

Adakah jumlah jangkitan yang rendah di China berkaitan dengan kualiti kit pengesanan virus?

Facebook/Paparan Skrin

Dunia luar secara amnya meragui angka sebenar dalam kes-kes jangkitan positif dan jumlah kematian yang disah serta dimaklumkan oleh Parti Komunis China dengan kebanyakan negara mempercayai bahawa data yang dikeluarkan oleh PKC adalah palsu. 

Beberapa perangkaan rasmi oleh Parti Komunis China yang diperolehi Epoch Times mendedahkan bahawa penyembunyian rasmi PKC amat serius, dan kes-kes yang disahkan di beberapa wilayah adalah sebenarnya 22 kali ganda lebih tinggi dari keluaran data yang disahkan secara rasmi oleh PKC.

Setakat 29 Mac, lebih 120,000 kes jangkitan positif di Amerika Syarikat telah disahkan. Ketika sidang media Rumah Putih pada 26 Mac, seorang wartawan menyoal Presiden Donald Trump, “Adakah anda terkejut bahawa jumlah kes jangkitan di Amerika Syarikat nampaknya sudah melebihi China?”

Presiden Trump bertindak balas dengan jawapan tidak mengejutkan, “Anda tidak tahu angka sebenar China, semuanya angka yang dikeluarkan oleh Parti Komunis China.”

Sesetengah pakar analisis dan ilmuwan juga mempersoalkan jumlah jangkitan di China adalah lebih rendah dari di Amerika Syarikat. Apakah hubungan antara bilangan jangkitan dan kegagalan kit pengesanan virus?

Bantuan diplomatik perubatan Parti Komunis China tidak boleh dipercayai.

Facebook/Paparan Skrin

Sebagai tambahan kepada peralatan pelindungan dan kit ujian agen semula, PKC juga cuba memperbaiki imej antarabangsa melalui penghebahan idea politiknya dengan menghantar pasukan sokongan dan bantuan perubatan, tetapi berdepan kesilapan dengan perasaan malu yang besar.

VOA melaporkan pada 29 Mac, ketika kegiatan bantuan PKC secara beransur-ansur dimulakan, pandangan negara-negara penerima mengenai PKC secara beransur-ansur telah berubah. Daripada menjadi lebih mempercayai PKC, bantuan mereka kini dilihat sebagai terlebih mengganggu.

Media South China Morning Post memetik pakar Marcin Przychodniak, dari Institut Hubungan Antarabangsa Poland pada 27 Mac, dengan mengatakan bahawa negara-negara yang dibantu oleh Parti Komunis China, terutama di Eropah Tengah dan Timur, mula berasa tidak selesa dengan motivasi politik dan ekonomi di sebalik bantuan yang diberikan.

Sihnik melaporkan sambil memberi bantuan, Parti Komunis China bersungguh-sungguh menghebahkan dengan propaganda betapa bijak pemimpin Parti Komunis China dan bagaimana sistem politik China telah berjaya. 

Dalam memastikan negara penerima boleh terus membuat permintaan dan pesanan bekalan perubatan yang diperlukan dari China, mereka mesti mengarahkan ‘kerjasama secara langsung’ dengan kerajaan China, yang mungkin akan mengenakan syarat-syarat bahawa negara-negara ini mesti menerima hak Parti Komunis China untuk bersuara kepada dunia.

Pada 23 Mac, Josep Borrell, ketua Agensi Tindakan Luar Negara (EU), mengeluarkan amaran kepada negara anggota Kesatuan Eropah (EU) tentang ‘diplomasi topeng’ Parti Komunis China.

Josep Borrell berkata Eropah ‘mesti sedar bahawa dalam krisis masih terdapat faktor geopolitik’. Di sebalik ‘politik murah hati’ adalah perjuangan untuk mempengaruhi.

Pixabay/Gambar Hiasan

Pakar dalam hubungan EU-China di Yayasan Marshall Jerman, Andrew Small mengatakan bahawa sokongan awal EU untuk Parti Komunis China telah hilang. Kerajaan Parti Komunis China baru-baru ini menguatkan politisasi, propaganda, dan penyebaran maklumat palsu yang tulen.

South China Morning Post melaporkan bahawa faktor lain yang menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) mengubah sikapnya terhadap Parti Komunis China adalah Presiden China Xi Jinping baru-baru ini membuat panggilan kepada kesemua pemimpin negara-negara Eropah, tetapi tidak membuat panggilan kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Vondelion.

Laporan itu mendedahkan, ini menjadikan Kesatuan Eropah tiba-tiba tersedar Parti Komunis China bersedia untuk menghubungi negara-negara Eropah secara individu tetapi bukan EU. 

Tujuan dan agendanya adalah jelas, iaitu untuk menggali sudut-sudut terperinci EU. Ini mendorong lebih banyak pegawai EU untuk memanggil Parti Komunis China sebagai ‘pesaing sistem EU’ dalam ucapan mereka. Pengguna terawal istilah ‘pesaing sistem’ ialah Presiden EU Von Delane dan mantannya, Jean-Claude Juncker.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular