Mungkin ramai antara kita yang kebelakangan ini membaca berita mengenai nasib para petani di Cameron Highlands yang terpaksa menangung kerugian kerana hasil tanaman mereka tidak terjual. Hal ini berlaku kerana kesukaran untuk memasarkan produk mereka di pasar-pasar ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. Apa yang lebih menyedihkan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang rosak dan terbuang begitu sahaja.

Untuk mengelakkan kejadian tersebut daripada terus berlaku pihak Lazada telah muncul dengan inisiatif untuk memasarkan sayur-sayuran tersebut melalui platform mereka. Hal ini kerana pihak Lazada berjaya mengenal pasti teknologi dan logistik yang boleh digunakan dalam usaha untuk membantu memastikan sayur-sayuran dapat dijual ke pasar dan mencegah pembaziran daripada terus berlaku.

Menurut laman web tersebut, para pelanggan dapat membeli secara langsung dari petani Cameron Highlands yang bermula pada 30 Mac. Untuk tujuan pembelian pula, pelanggan boleh memilih pakej yang telah disediakan oleh pihak Lazada. Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan;

Kotak A – Sesuai untuk dijadikan salad

Lazada

Kotak B – Sesuai untuk dibuat sayur goreng

Lazada

Kotak C – Sesuai untuk dibuat sayur goreng dan dijadikan salad

Lazada

Kotak D – Sesuai untuk dibuat sayur goreng dan ditapaikan

Lazada

Box E – Sesuai untuk dibuat sayur goreng dan untuk membuat kimchi

Lazada

Tambahan lagi, bagi yang melakukan pesanan sebelum jam 12.00 tengah hari, sayur-sayuran mereka akan dihantar pada keesokan hari sekitar jam 3.00 hingga 8.00 petang.

Lazada

Ini adalah peluang yang patut direbut oleh semua orang. Anda tidak perlu keluar ke pasar raya dan beratur panjang tetapi boleh membuat pembelian sayur-sayuran segar secara atas talian. Inilah masanya untuk memberi sokongan kepada petani dan produk tempatan.

Sumber: Lazada

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular