PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sesi sidang media pada 30 Mac mengumumkan harga siling bagi topeng penutup muka dan hidung adalah pada kadar RM1.50 sekeping.

Menurut beliau, harga berkenaan sekaligus adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu RM2.00 untuk sekeping.

@mykpdnhep/Twitter

“Mesyuarat bersetuju untuk harga siling topeng muka adalah RM1.50 iaitu 50 sen lebih murah daripada yang ditetapkan lebih awal iaitu RM2.00”, katanya.

“Kita akan terus kaji dari semasa ke semasa. Jika harga yang dibeli lebih murah, kita akan kaji harga dan akan umum harga baru”, tambahnya lagi.

Gambar hiasan/YouTube

Difahamkan bahawa harga siling untuk topeng penutup muka dan hidung tersebut akan mula dikuat kuasa pada Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 1 April.

Harga topeng muka di pasaran sebelum krisis kekurangan bekalan susulan penularan COVID-19 adalah hanya sekitar 80 sen sekeping sebelum ianya dinaikkan kepada RM2.00 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP).

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular