Umum sudah mengetahui bahawa langkah kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertujuan untuk memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Oleh yang demikian, banyak masa yang terluang di rumah pasti menimbulkan rasa bosan, bukan? Ada yang cuba resipi masakan, ada menghabiskan masa dengan membaca buku, menonton filem dan pelbagai lagi.

Sememangnya, ramai yang bergantung kepada jaringan internet dan gajet untuk menghilangkan kebosanan. Namun, jika anda sudah berasa jemu dan tidak sanggup lagi menghadapnya di rumah, apa kata cuba ikuti aktiviti yang dikongsikan gadis ini.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna yang menggunakan nama akaun @imagishary ada berkongsi beberapa aktiviti beserta foto yang dilakukan oleh ibu bapanya sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

@imagishary/Twitter

Berdasarkan tweetnya, gadis itu yang nama sebenarnya Shafika Tahir telah memuat naik beberapa gambar aktiviti yang dilakukan kedua orang tuanya termasuklah menanam sayuran dan juga menjemur ikan.

@imagishary/Twitter

@imagishary/Twitter

Menurut Shafika, ibu bapanya membeli sebanyak 10 kilogram sebelum ini ekoran pembelian panik namun mereka kemudiannya memberi sedikit daripada jumlah itu kepada jiran tetangga sementara selebihnya dijemur menjadi ikan kering.

@imagishary/Twitter

Ternyata PKP langsung tidak membataskan keluarga ini daripada terus memanfaatkan masa yang terluang dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Malah, ibu Shafika juga rajin membuat roti sendiri, jadi tidak payahlah berebut di kedai, bukan?

@imagishary/Twitter

Ianya tidak berakhir di situ sahaja, tempoh kuarantin ini juga dimanfaatkan ibunya untuk menjahit pakaian. Rajin betul!

@imagishary/Twitter

Nampak gayanya, bapa Shafika juga tidak canggung dan sentiasa membantu ibunya di dapur. Buktinya, anda lihatlah foto di bawah :

@imagishary/Twitter

@imagishary/Twitter

@imagishary/Twitter

Melihat kepada aktiviti yang dilakukan keluarga gadis ini, jelas sekali bahawa terdapat banyak aktiviti yang dapat kita lakukan di rumah sepanjang PKP ini dilaksanakan.

Ayuh manfaatkan masa yang ada bersama keluarga. Dalam waktu mematuhi perintah kerajaan, dapat juga kita meluangkan masa berkualiti selain mengeratkan hubungan sesama keluarga, bukan?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular