Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu memberi banyak kesan kepada umum. Namun, hakikatnya bukan hanya kita yang menerima kesan malah nasib haiwan jalanan seperti anjing dan kucing juga turut terjejas.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa haiwan jalanan sebenarnya memperolehi makanan seharian mereka daripada lebihan di kedai-kedai makan. Jadi, apabila kedai makan atau restoran ditutup mereka sebenarnya hilang punca makanan membuatkan mereka kelaparan dan kehausan memandangkan tiada lebihan atau sisa makanan yang boleh dimakan.

Keadaan ini mula membimbang orang ramai tentang nasib haiwan jalanan. Jadi, untuk ‘membela’ nasih kucing jalanan yang kelaparan, beberapa anggota polis telah mengambil inisiatif untuk memberi makan kepada sekumpulan kucing di Teluk Batik, Lumut.

Menurut Harian Metro, Lans Koperal Isam Bohari sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan pantai ketika dia dan dua rakannya, Lans Koperal Wan Adzlan Wan Ramli dan Lans Koperal Zulhelmi Razani terlihat sekumpulan 20 kucing.

“Saya kasihan melihat kucing itu berlari ke arah kami dan mengiau seolah-olah mahu beritahu mereka lapar,”

Rasa sayangnya pada kucing membuatkan dia akhirnya meluangkan sedikit masa untuk membeli dan memberi makan buat sekumpulan kucing tersebut. Kucing-kucing tersebut kelihatan sangat berselera menikmati makanan mereka sehingga makanan tersebut ditambah sebanyak dua kali. Makanan mereka juga diletakkan dalam keadaan jarak-jarak supaya mereka tidak berebut.

Kisah dan gambar mengenai perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook sehingga menerima pelbagai reaksi netizen. Ramai yang memuji dan berterima kasih kepada mereka atas apa yang telah dilakukan kepada kumpulan kucing tersebut.

Menurut pegawai polis ini lagi apa yang dilakukan adalah kerana menyedari bahawa kumpulan haiwan sebenarnya sukar untuk mendapatkan makanan ekoran pelaksanaan PKP.

“Saya pencinta kucing dan sebelum ini juga selalu bawa makanan (untuk diberikan kepada kucing terbiar), tetapi hari ini saya terlupa nak bawa sekali, sebab itu rasa kasihan melihat kucing itu.

“Saya tak tahu cerita itu (bagi makan kepada kucing Teluk Batik) dikongsi di FB, tetapi bagi saya, ini cara berkongsi rezeki,” katanya yang turut mempunyai tujuh kucing di rumah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular